KUALA LUMPUR: Dianggarkan lebih 20,000 pelarian di negara ini masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR).
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata perkara itu dimaklumkan oleh delegasi daripada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi UNHCR yang diketuai Thomas Albrecht ketika melakukan kunjungan hormat ke atas beliau semalam.
Saravanan berkata antara isu yang dibincangkan dalam kunjungan hormat itu ialah imunisasi COVID-19 kepada pemegang kad UNHCR, selaras dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula hari ini.
"Program imunisasi ini dijangka akan meliputi 70 peratus daripada populasi dalam negara menjelang 2022. Imunisasi ini perlu juga diperluas kepada golongan pemegang kad UNHCR bagi memastikan tidak wujudnya kluster COVID-19 dalam kalangan mereka.
"Beberapa buah negara telah menyatakan kesediaan untuk membiayai kos imunisasi ini kepada pemegang kad UNHCR," katanya dalam kenyataan semalam.
Setakat Disember 2020, terdapat seramai 178,610 pelarian dan pemohon suaka yang telah berdaftar dengan pejabat UNHCR di Malaysia, dengan 154,030 orang dari Myanmar membabitkan etnik Rohingya (102,250 orang), etnik Chin (22,140 orang) dan selebihnya daripada etnik-etnik lain.
Justeru katanya penglibatan UNHCR bagi tujuan penyebaran maklumat di lapangan amat diperlukan untuk menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada golongan pelarian, selain penyertaan oleh kementerian dan agensi kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021
Setakat Disember 2020, terdapat seramai 178,610 pelarian dan pemohon suaka yang telah berdaftar dengan pejabat UNHCR di Malaysia. - Gambar hiasan
Polis tumpas dua sindiket, rampas dadah bernilai hampir RM800,000
Dua sindiket pengedaran dadah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Petaling Jaya tumpas apabila lima lelaki ditahan dan lebih 32 kilogram (kg) pelbagai dadah bernilai hampir RM800,000 dirampas pada 1 dan 4 Mei lepas.
Nenek 75 tahun antara empat ditahan
Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita warga emas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.32 juta dalam serbuan berkaitan kegiatan sindiket pengedaran dan pembungkusan dadah di sebuah rumah atas air di sekitar kawasan Pontian pada 4 Mei lepas.
Gagal hantar Black Hawk, MINDEF pertimbang batal
Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mempertimbangkan untuk membatalkan atau membuka semula tender ekoran kelewatan penghantaran pertama helikopter Black Hawk sekiranya kontraktor sedia ada masih gagal membuat penghantaran seperti dalam perjanjian.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemegang kad UNHCR edar dadah di pasar borong
Kegiatan geng warga Myanmar edar dadah di pasar borong untuk kegunaan rakan senegara mereka berjaya dibongkar polis menerusi serbuan di Taman Sri Kuching, di sini pada Selasa.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Terpengaruh iklan kerja gaji lumayan, pemuda jadi mangsa scammer
Seorang pemuda dari Rawang didera dan dipaksa menjadi 'scammer' atau penipu wang pelaburan kripto suatu sindiket beroperasi di Myawaddy, Myanmar.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Korea Selatan, AS dan beberapa negara kutuk kekejaman tentera Myanmar
Korea Selatan, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain menggesa tentera Myanmar segera menghentikan semua keganasan terhadap orang awam.