KUALA LUMPUR: Sebanyak 21,200 saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan ke atas 135,193 kenderaan berat menerusi Op Perdagangan yang dilaksanakan di seluruh negara dari 20 Sept hingga 14 Nov lepas.
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain berkata sebanyak 109 individu turut ditahan sepanjang tempoh operasi berkenaan.
"Antara kesalahan yang direkodkan membawa muatan berlebihan dan fizikal kenderaan tidak memuaskan yang berisiko menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya," katanya pada Perhimpunan Bulanan KPN bagi November 2023 anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Bukit Aman, di sini hari ini.
Razarudin berkata polis memandang serius kes kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori dan bas hingga mengorbankan nyawa orang ramai.
Menurutnya langkah proaktif juga telah diambil termasuk melaksanakan Op Perdagangan secara berterusan ke atas kenderaan berat bagi memastikan pemandu dan pengusaha syarikat pengangkutan mematuhi peraturan serta undang-undang keselamatan jalan raya.
"Dari Januari hingga Oktober lepas, polis telah melaksanakan 1,078 Op Perdagangan berbanding 797 operasi dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.
"Selain itu, polis juga telah meningkatkan penguatkuasaan dan pemeriksaan bermula 20 Sept hingga 14 Nov lepas," katanya.
Razarudin turut meletakkan harapan tinggi ke atas warga JSPT agar terus konsisten dan kekal komited melaksanakan penguatkuasaan selari dengan pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022/2023.
Beliau berkata menerusi pelan yang dibangunkan itu, kementerian dan agensi yang berkepentingan termasuk polis akan terus bekerjasama merencana perancangan strategik dan langkah intervensi sekali gus mencapai hasrat ke arah mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Razarudin berkata polis memandang serius kes kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori dan bas hingga mengorbankan nyawa orang ramai. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lebih 21,000 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan - KPN
Sebanyak 21,200 saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan ke atas 135,193 kenderaan berat menerusi Op Perdagangan.
13 pemandu khayal ditahan di Johor
Seramai 13 pemandu lori ditahan kerana positif dadah dan 210 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik di seluruh Johor.
Ambil dadah elak mengantuk, pemandu lori ditahan
Pemandu lori berusia 46 tahun bersama kelindannya antara sembilan lelaki yang ditahan selepas didapati positif dadah.