awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 230,000 pengunjung dijangka hadiri Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI - Fahmi

Bernama
Bernama
09/11/2024
12:45 MYT
Lebih 230,000 pengunjung dijangka hadiri Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjawab pertanyaan media selepas pelancaran Sambutan Hari Kurier Negara 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
CYBERJAYA: Kerajaan menyasarkan lebih 230,000 pengunjung hadir ke Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Nov ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, optimis sasaran itu dapat dicapai susulan kedudukan lokasi penganjurannya yang strategik.
Beliau berkata turut diadakan di lokasi sama ialah Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 dari 23 hingga 24 Nov ini.
"Konvensyen ini adalah platform penyampaian maklumat mengenai status pelaksanaan agenda reformasi perkhidmatan awam... akan diadakan juga pengumuman deklarasi Kuala Lumpur Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Hari Kurier Negara 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Fahmi berkata setakat ini, persiapan Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berjalan dengan baik.
"Saya jangka dalam minggu akan datang, lebih banyak perincian program ini dapat dikongsikan kepada rakan media dan masyarakat umum," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI
#pengunjung
#Fahmi Fadzil
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan