awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah

Bernama
Bernama
04/03/2025
12:47 MYT
Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Pemeriksaan itu dijalankan di seluruh negara dengan lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit. - Gambar hiasan
SEPANG: Pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan sebanyak 3,275 pemeriksaan menerusi Ops Pantau 2025 sejak dilancarkan pada Ahad lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.
Fuziah berkata pemeriksaan itu dijalankan di seluruh negara dengan lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.
Beliau berkata Perak menjadi negeri tertinggi merekodkan 10 kes, diikuti Selangor dengan empat kes, Sabah tiga kes dan masing-masing dua kes di Johor dan Kelantan.
"Selepas dua hari dilaksanakan, kita juga menerima 116 aduan, mengeluarkan 21 kompaun bernilai RM6,600 serta nilai rampasan sebanyak RM900," katanya pada sidang media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di sini hari ini.
Beliau menegaskan langkah yang diambil oleh pasukan penguat kuasa KPDN itu mencerminkan keseriusan dalam memastikan tiada pihak yang menaikkan harga sesuka hati, tidak meletakkan tanda harga, atau menggunakan alat penimbang yang tidak sah.
Mengenai BRR, Fuziah berkata sehingga kini terdapat 96 lokasi BRR di seluruh negara, termasuk sembilan di Selangor.
"Apa yang istimewanya, di BRR ini, pengunjung dapat membeli Menu Rahmah pada harga RM5 dan melakukan transaksi digital. Pada hari ini, sebanyak 6,000 e-dompet diagihkan kepada peniaga dan pengunjung.
"Masing-masing akan menerima RM100 bagi peniaga dan RM20 bagi pengunjung," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan telah memperuntukkan RM9.36 juta untuk diagihkan dalam bentuk e-dompet kepada peniaga dan pengunjung BRR di seluruh negara bagi menggalakkan transaksi digital.
"Langkah ini bukan sahaja menggalakkan transaksi digital dalam kalangan peniaga tetapi juga mendidik masyarakat untuk bergerak menuju ekonomi tanpa tunai secara menyeluruh," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#kpdn
#Ops Pantau
#penguatkuasaan
#Bazar Ramadan
#Aidilfitri
#pasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan