awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 3,000 PR keturunan India diiktiraf sebagai warganegara

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
14/08/2018
08:03 MYT
Lebih 3,000 PR keturunan India diiktiraf sebagai warganegara
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
Seramai 3,407 individu berketurunan India yang memegang status pemastautin tetap (PR) dan berusia 60 tahun ke atas akan diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemastautin tetap yang berusia bawah 60 tahun pula boleh mendapat taraf warganegara sekiranya mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
"Antara syaratnya adalah bagi individu tersebut untuk lahir di negara ini dan salah seorang daripada ibu atau ayah mereka merupakan warganegara Malaysia," kata Dr Mahathir.
Tambah beliau, salah satu janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) adalah menyelesaikan masalah kerakyatan kaum India.
"Golongan ini kita akan terus bagi kad (pengenalan) biru dan dianggap sebagai warganegara," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Apabila ditanya apakah status bagi mereka yang lebih muda daripada 60 tahun namun menghadapi masalah yang sama, Dr Mahathir berkata jika ada asas seperti anak yang dilahirkan oleh satu ibu atau bapanya adalah orang Malaysia, maka individu itu berhak dianggap menjadi warganegara Malaysia.
Topic Berkaitan
#Kerakyatan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pemastautin tetap
#Perdana Menteri
#PR
#warganegara
#warganegara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan