KUALA LUMPUR: Kes aktif COVID-19 terus bertambah dengan angka terkini ialah 34,789 kes.

Ini susulan lebih 4,000 lagi kes direkodkan hari ini.

BACA: COVID-19: Kes baharu 4,498, lonjakan hampir 1,000 kes

Berikut adalah tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini:

1. Sebanyak 4,498 kes baharu COVID-19 direkodkan setakat 7 Mei.

2. Selangor terus mendahului jumlah kes tertinggi dengan 1,424 kes diikuti Sarawak dengan 750 kes dan Kuala Lumpur dengan 436 kes.

3. Sebanyak 375 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 211 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

4. Terdapat 22 lagi kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 1,632.

5. Sebanyak 19 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 10 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, tiga kluster keagamaan, dan dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM.

BACA: COVID-19: 19 kluster baharu, 10 daripadanya kluster tempat kerja