awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 350 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi Op Lancar Gawai Dayak 2025

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
27/05/2025
20:30 MYT
Lebih 350 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi Op Lancar Gawai Dayak 2025
Mancha Ata berkata operasi selama enam hari itu akan melibatkan semua daerah di negeri ini dengan matlamat utama untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran aliran trafik dikawal. - Foto Facebook Polis Sarawak
KUCHING: Seramai lebih 350 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sarawak akan ditugaskan dalam Op Lancar sempena sambutan perayaan Hari Gawai Dayak 2025 yang akan berlangsung dari 30 Mei hingga 4 Jun ini.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, operasi selama enam hari itu akan melibatkan semua daerah di negeri ini dengan matlamat utama untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran aliran trafik dikawal serta diselaras dengan efektif.
"Pelaksanaan operasi ini bertujuan memastikan kelancaran lalu lintas terutama pada waktu puncak, mengambil tindakan undang-undang terhadap pesalah trafik, serta memberi keutamaan kepada aspek penguatkuasaan undang-undang.
"Tumpuan operasi kali ini adalah di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran, khususnya di lokasi yang sering berlaku kemalangan serta kawasan strategik yang kerap mengalami kesesakan lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan anggota penguat kuasa yang bertugas di jalan raya sepanjang musim perayaan.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan tersebut.
Orang ramai turut diminta agar bekerjasama dan memaklumkan kepada pihak polis sekiranya mereka akan meninggalkan rumah semasa musim perayaan.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#lalu lintas
#Op Lancar
#Mancha Ata
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami