awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe

Bernama
Bernama
07/02/2026
09:26 MYT
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Tiga jenis kanser yang mencatatkan peratusan tertinggi di negeri itu bagi tempoh berkenaan ialah kanser payudara sebanyak 17.2 peratus, kanser kolorektal (16 peratus) dan kanser paru-paru (9.2 peratus). - Bernama
MELAKA: Kes kanser di Melaka menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun dengan 4,325 kes baharu direkodkan sejak 2022, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.
Beliau berkata daripada jumlah itu 1,376 kes direkodkan pada 2022, seterusnya meningkat kepada 1,429 kes pada 2023 dan 1,520 kes pada 2024.
Ngwe berkata tiga jenis kanser yang mencatatkan peratusan tertinggi di negeri itu bagi tempoh berkenaan ialah kanser payudara sebanyak 17.2 peratus, kanser kolorektal (16 peratus) dan kanser paru-paru (9.2 peratus).
"Melaka turut mencatatkan kadar berat badan berlebihan dan obesiti yang tinggi iaitu 58.4 peratus, melebihi kadar purata kebangsaan. Negeri ini juga kedua tertinggi merekodkan pesakit diabetes iaitu 20.5 peratus, dengan 43,791 pesakit diabetes aktif masih mendapatkan rawatan pada akhir 2025," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Kesihatan MADANI: Jom Sihat 2026 yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri Dr Ruzita Mustaffa.
Ngwe berkata penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti dan diabetes tersebut antara penyumbang utama kepada peningkatan risiko pelbagai jenis kanser.
Beliau berkata data itu seharusnya menjadi peringatan jepada rakyat Melaka bahawa isu kesihatan mesti diberi perhatian serius, bukan sahaja dari aspek rawatan tetapi juga melalui pencegahan, pembudayaan gaya hidup sihat serta sokongan kesihatan mental yang berterusan.
Sehubungan itu, beliau berkata antara usaha dilaksanakan kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan ialah Karnival Kesihatan MADANI: Jom Sihat 2026 yang selari dengan slogan kerajaan negeri "Melaka Sayang Rakyat", bagi memperkukuh usaha pencegahan, kesedaran dan memastikan akses perkhidmatan kesihatan terus sampai kepada komuniti.
Dalam perkembangan lain, Ngwe berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM4.4 juta di bawah Skim Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kesihatan Awam bagi melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan antaranya Program MBIO Sihat, yang menawarkan saringan kesihatan percuma bagi pengesanan awal tiga jenis kanser utama dan penyakit tidak berjangkit.
"Selain itu, program MeSRa Ambulans yang menyediakan perkhidmatan khas secara door-to-door bagi membantu pesakit terlantar, khususnya dalam kalangan keluarga B40, Program Jom Sihat dan K-Mindset Melaka Style, Tabung Bantuan Dialisis Negeri Melaka serta Inisiatif Satu PBT Satu Ambulans yang akan dilancarkan pada April depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#kesihatan
#kanser
#obesiti
#penyakit tidak berjangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan