KOTA KINABALU: Lebih 1.12 juta atau 40.8 peratus penduduk dewasa di Sabah telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 sehingga semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata 485,880 atau 17.6 peratus penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin tersebut, dan usaha sedang dilakukan bagi memastikan Sabah mencapai imuniti kelompok dengan 80 peratus sudah divaksin menjelang akhir tahun ini.
Katanya usaha kini terus dibuat kerajaan untuk menambah kapasiti dan keupayaan pemberian suntikan vaksin COVID-19 melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), dan dalam masa sama memastikan bekalan vaksin sentiasa mencukupi.
"Dalam keadaan virus COVID-19 sudah berada di tengah-tengah masyarakat, kita sedang mengejar masa untuk memberi vaksin kepada setiap orang yang layak untuk disuntik dengan kadar segera.
"Ini bermakna kes baharu akan terus mencatat angka yang tinggi sehingga lebih ramai penduduk memperoleh vaksin. Kes hanya akan mula menurun apabila kita berjaya memberi suntikan vaksin kepada penduduk pada satu tahap peratusan yang signifikan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Sementara itu, Masidi berkata daripada 1,383 kes baharu COVID-19 dicatat hari ini sebanyak 1,064 kes dalam kategori satu dan kategori dua, manakala kategori tiga (19 kes), kategori empat (12 kes), kategori lima (6 kes), dan kes selebihnya masih dalam siasatan JKNS.
"Daerah Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi hari ini iaitu 326 kes atau hampir 24 peratus daripada kes keseluruhan Sabah, diikuti Tawau 168 kes dan Sandakan dengan 138 kes," katanya.
Beliau berkata saringan kontak rapat pula menjadi penyumbang utama kes harian Sabah iaitu 749 kes atau 54.2 peratus diikuti saringan bergejala (322 kes atau 23.3 peratus), saringan kluster (111 kes atau lapan peratus) dan selebihnya dikesan menerusi saringan bersasar.
"Satu kluster baharu direkodkan di Kampung Timbua, Ranau melibatkan 49 kes. Kes tinggi yang melibatkan kontak rapat adalah satu petunjuk bahawa ada dalam kalangan kita yang masih lalai dalam pematuhan SOP (prosedur operasi standard).
"Ia juga satu peringatan agar kita mengurangkan aktiviti bersosial agar tidak terdedah kepada risiko jangkitan virus COVID-19, kerana ada pembawa virus COVID yang tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Masidi berkata, seramai 485,880 atau 17.6 peratus penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin. - Gambar fail/ Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.