awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini

Bernama
Bernama
02/01/2025
03:20 MYT
Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia mengaminkan bacaan doa sebelum menduduki peperiksaan bertulis Bahasa Melayu Kertas I ketika tinjauan di SMK Putrajaya Presint 8 (1) pagi ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perjuangan lebih 400,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang mendaftar bagi menduduki ujian bertulis di 3,000 pusat peperiksaan di seluruh negara, bermula hari ini.
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu, walaupun terdapat beberapa kawasan di Kelantan, Johor dan Perak yang masih terkesan banjir.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan calon tiba awal untuk mendengar taklimat sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki Kertas Bahasa Melayu 1, yang bermula tepat pada 8.15 pagi.
Di ibu negara, seramai 20,676 calon SPM menduduki peperiksaan bertulis di 160 pusat peperiksaan di Kuala Lumpur. Jumlah tersebut melibatkan 15,846 calon sekolah kerajaan, 238 calon sekolah agensi kerajaan, 2,626 calon sekolah swasta, dan 1,966 calon persendirian.
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Megat Affandi Ismail berkata daripada jumlah itu, 110 merupakan calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) dalam pelbagai kategori.
"Kita juga menguruskan calon menduduki peperiksaan di hospital sekitar Kuala Lumpur yang mengalami masalah kesihatan melibatkan sembilan calon," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPM
#calon SPM
#peperiksaan bertulis
#Sijil Pelajaran Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan