KUALA LUMPUR: Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA mendakwa lebih 50 rakyat Malaysia dipercayai menjadi tawanan di beberapa negara seperti Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Thailand oleh sindiket penipuan dalam talian.
Ketua biro berkenaan Datuk Seri Michael Chong mendedahkan pihaknya menerima panggilan telefon daripada sejumlah mangsa pada Februari lepas yang meminta diselamatkan daripada menjadi tawanan sindiket sejak dua hingga enam bulan lepas.
Katanya mangsa diperdaya dengan ditawar dan dijanjikan bekerja sebagai telepemasaran dengan gaji tinggi antara AS$3,000 dan AS$4,000 sebulan.
"Kami sedang bekerjasama dengan pihak kedutaan dan Polis Diraja Malaysia untuk menyelamatkan mangsa terlibat.
"Kami juga merayu golongan muda supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah ditipu dan dikaburi dengan gaji tinggi yang ditawarkan sindiket berkenaan," katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini hari ini.
Pada sidang media itu, Chong turut membuat panggilan video dengan dua lelaki yang mendakwa mereka dikurung dan turut dipukul oleh sindiket di Kemboja.
Lelaki itu yang enggan dikenali berkata terdapat 13 rakyat Malaysia termasuk lima wanita berusia antara 17 dan 36 tahun berada dalam kawasan sama dengannya serta mereka dipaksa untuk bekerja sebagai operator penipuan.
"Kami diberitahu supaya menipu pelanggan dan sekiranya gagal, kami akan dikurung di dalam bilik tanpa diberikan makanan selama dua atau tiga hari," katanya.
Seorang lagi lelaki berkata dia bersama kumpulan berbeza terdiri daripada 50 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita, juga berada di Kemboja.
Lelaki terbabit berkata sebelum itu, sebahagian mangsa memasuki Kemboja menerusi penerbangan atau melalui jalan yang tidak diwartakan atau jalan tikus.
"Kami bekerja lebih dari 15 jam untuk menipu pelanggan di seluruh dunia...kami mesti mematuhi arahan atau tidak akan mengetahui nasib kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
Mangsa diperdaya dengan ditawar dan dijanjikan bekerja sebagai telepemasaran dengan gaji tinggi antara AS$3,000 dan AS$4,000 sebulan.
AWANI Ringkas: Faisal Halim terfikir berhenti main bola sepak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
‘Saya tak pernah sombong dengan semua orang’- Faisal Halim
Penyerang pasukan bola sepak Selangor FC, Faisal Halim mendedahkan dia tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak.
Pengurusan kos, penggunaan teknologi efektif bantu kemampanan pelancongan tempatan
Dengan strategi pengurusan kos dan penggunaan teknologi yang berkesan, industri pelancongan dapat mengurangkan kesan kenaikan harga diesel tanpa membebankan pelancong. Contohnya, syarikat pengangkutan boleh memperkenalkan surcaj bahan api sementara dan hotel boleh melaksanakan sistem pengurusan tenaga mesra alam.
MAVCOM dibubar, diserap masuk CAAM - Anthony
Menteri Pengangkutan memaklumkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubarkan dan akan diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Maqis Selangor sita serbuk protein whey dari Belanda
Rampasan dagangan itu melibatkan sebuah kontena susulan pemeriksaan fizikal yang dilakukan pihaknya di sebuah gudang sekitar 3 petang.
Seksyen 26 Akta Keterangan untuk sahkan pendedahan
Polis menjelaskan penggunaan Seksyen 26(1) Akta Keterangan untuk merekodkan pengakuan ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf di hadapan majistret pada Rabu adalah selari dengan peruntukan undang-undang.
Datuk, nenek Zayn Rayyan bebas dengan jaminan polis
Datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Rabu.
"Saya hanya mahu pulang, adik Zayn Rayyan kini susut" - Datuk
Datuk dan nenek sebelah bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dibebaskan dengan jaminan polis tepat jam 2.30 petang, pada Khamis.
Sidang media perkembangan Faisal Halim
Ikuti langsung sidang media Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar berhubung perkembangan Faisal Halim di Selangor FC Training Centre.
Kes bunuh Zayn Rayyan: 'Penggunaan Seksyen 26 Akta Keterangan selari peruntukan undang-undang'
Polis menjelaskan penggunaan Seksyen 26(1) Akta Keterangan untuk merekodkan pengakuan ibu Zayn Rayyan di hadapan Majistret pada Rabu adalah selari dengan peruntukan undang-undang.
Agong berkenan bersantap di restoran Nasi Lemak Wanjo
Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke kedai makan Nasi Lemak Wanjo yang popular di Kampung Baru itu, untuk santapan sarapan pagi.
Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan
Thailand mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Semua anggota perubatan MERCY Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah
Wisma Putra memaklumkan, keenam-enam anggota dibawa keluar dari zon konflik secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.
Jangan terpedaya agensi dakwa mampu keluar visa haji - Menteri Agama
Mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji diharap tidak terperdaya dengan agensi-agensi tertentu yang mendakwa mampu mengeluarkan visa atau permit haji.
Rakyat Malaysia antara mangsa terhidu gas beracun di Singapura meninggal dunia
Menurut Jurucakap Agensi Air Nasional Singapura (PUB), mangsa meninggal dunia akibat kecederaannya kira-kira 10 malam pada Selasa semasa dirawat di ICU.
Malaysia teraju penggunaan dompet mudah alih - Tinjauan
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.
Negara luar muliakan Malaysia kerana ekonomi, kestabilan, perpaduan rakyatnya - PM Anwar
Malaysia sebuah negara hebat dan perpaduan itu merupakan salah satu faktor negara ini dipandang tinggi negara lain.
Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan, bukan perpecahan - PM Anwar
Generasi terdahulu bersungguh-sungguh menerapkan semangat perpaduan dan ia terserlah melalui moto dalam jata negara iaitu Bersekutu Bertambah Mutu.
1MDB, pegawai bank tidak pernah bersubahat tipu Najib - Saksi
Pengurusan 1MDB dan beberapa pegawai bank tidak pernah bersubahat untuk menipu Najib serta rakyat Malaysia berhubung pelaburan syarikat itu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.