awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka

Bernama
Bernama
14/04/2024
15:35 MYT
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi. - Foto FB Kerajaan Negeri Melaka
MELAKA: Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata bagi daerah Alor Gajah, sekurang-kurangnya 22 rumah terjejas melibatkan penduduk di Kampung Gapam, Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana dan Kampung Bukit Balai di Durian Tunggal.
"Di Melaka Tengah membabitkan 28 rumah di Taman Melawis Bukit Beruang, Ayer Keroh Height (2) dan Kampung Sungai Putat (5) setakat pukul 8 malam.
"Susulan situasi berkenaan, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah telah mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Japerun Ayer Keroh untuk keperluan pemindahan kawasan itu dan proses pendaftaran mangsa banjir masih dilaksanakan setakat ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dalam masa yang sama, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan rapi di kawasan terjejas dan orang ramai diminta peka dan mengikut arahan pasukan penyelamat bagi mengelak sebarang risiko banjir.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Melaka
#banjir kilat
#rumah terjejas
#Alor Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan