awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 500 pekerja MYAirline dijangka terima manfaat SIP jika diberhentikan

Bernama
Bernama
15/10/2023
20:40 MYT
Lebih 500 pekerja MYAirline dijangka terima manfaat SIP jika diberhentikan
Sivakumar berkata, Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso sentiasa sedia membantu meringankan bebanan pekerja MYAirline dari segi kewangan sekiranya mereka diberhentikan kerja. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih 500 pekerja sebuah syarikat penerbangan tambang murah dijangka menerima manfaat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) jika perkhidmatan mereka ditamatkan, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.
Beliau berkata, manfaat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) itu akan diberikan kepada pekerja berkenaan selepas semakan terhadap rekod caruman SIP mereka memenuhi syarat kelayakan.
"Pekerja berkenaan akan menerima gantian pendapatan untuk tempoh tiga hingga enam bulan sementara mendapat kerja baharu," katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Khamis lepas MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) menerusi satu kenyataan memaklumkan mengenai penggantungan operasinya mulai 6 pagi dan keputusan berkenaan diambil berikutan tekanan kewangan.
Mengulas lanjut, Sivakumar berkata, Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso komited serta sentiasa bersedia membantu meringankan bebanan pekerja syarikat penerbangan tambang murah berkenaan dari segi kewangan sekiranya mereka diberhentikan kerja.
Menurutnya, kementerian itu melalui agensinya Perkeso sentiasa memantau perkembangan terkini bagi memastikan segala perkara yang melibatkan kebajikan pekerja akan diambil tindakan segera. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MYAirline
#V Sivakumar
#manfaat EMP
#Sistem Insurans Pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan