KUALA LUMPUR: Seramai 52,774 atau 1.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam negara telah lengkap menerima vaksin COVID-19 jenis Cominarty setakat 30 Sept lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (PICK-Remaja) berkata pada masa yang sama 1,498,274 atau 47.6 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin berkenaan.
Katanya setakat ini lima negeri dengan pencapaian vaksinasi tertinggi dalam kumpulan remaja terdiri daripada Wilayah Persekutuan Labuan dengan 77.6 peratus, diikuti Kedah (67.1 peratus), Sarawak (62.7 peratus) Perlis (61.8 peratus) dan Melaka (59.4 peratus).
Sementara itu Dr Noor Azmi berkata PICK-Remaja turut memberi perhatian kepada golongan remaja Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa mengira status warganegara atau jenis ketidakupayaan, dan pelaksanaan pemberian vaksin kepada remaja OKU akan dilaksanakan dengan beberapa kaedah mengikut kategori mereka.
Beliau berkata Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) melaporkan bahawa 67,676 remaja OKU berusia 12 hingga 17 tahun berdaftar dengan JKM sehingga 31 Ogos lepas.
"Seramai 51,361 (75.8 peratus) adalah remaja OKU dalam sistem pendidikan dan daripada jumlah ini 793 (1.5 peratus) merupakan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang berada di sekolah berasrama," katanya.
Beliau berkata remaja OKU juga berada di 705 buah institusi pemulihan harian seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Institusi jagaan OKU kerajaan dan swasta, serta 21 buah institusi OKU berkediaman," katanya.
Katanya pendaftaran remaja OKU yang berada di institusi perlindungan, pemulihan dan pendidikan sama ada berdaftar atau tidak berdaftar perlu dilakukan oleh pengetua, pengusaha atau penyelia institusi masing-masing melalui portal Vaksin Anakku.
Dr Noor Azmi berkata bagi Remaja OKU bersekolah harian, mereka akan diberi vaksinasi secara berjadual di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau sekolah, dan remaja OKU bersekolah asrama pula akan menerima janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
Bagi remaja OKU dengan masalah tingkah laku seperti Autism Spectrum Disorder, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), remaja OKU Mental atau dengan komorbid yang lain; pemberian vaksinasi boleh dilakukan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berdekatan dengan rumah.
"Senarai nama remaja OKU ini akan dikumpul di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) untuk diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)," katanya.
Bagi Remaja OKU terlantar pula, katanya proses pemberian vaksin kepada mereka di institusi dan yang terlantar di rumah akan dilakukan secara khidmat masyarakat (outreach) dan berjadual oleh pasukan pelaksana vaksinasi yang terdiri daripada kakitangan kesihatan, pengamal perubatan swasta, atau pasukan kesihatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Remaja OKU terlantar di komuniti dikenal pasti melalui sama ada daripada senarai penerima Bantuan Pesakit Terlantar di bawah JKM atau senarai berdaftar dengan PDK atau pendaftaran remaja OKU terlantar di rumah.
"Bagi remaja OKU terlantar yang tiada dalam senarai di atas, ibu bapa atau penjaga boleh hadir ke klinik kesihatan berdekatan, atau memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mendaftarkan remaja itu bagi mendapatkan vaksinasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021

Seramai 1,498,274 atau 47.6 peratus remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin berkenaan. - Gambar fail

Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.

PRN: Pendirian PN Kedah kekal sasar menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Keyakinan itu bersandarkan jumlah undi yang diperoleh PN pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Banjir: Mangsa di Johor, Sabah meningkat pagi ini
Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini.

Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar
Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut.

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Pemain kebangsaan Austria berusa 28 tahun itu menjadi sasaran Erik ten Hag pada hari terakhir jendela perpindahan.

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.

Peguam Negara AS | Video Trump beri keterangan bersumpah didedahkan
Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil. Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan pindaan kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Perhilitan | Operasi bersepadu pelbagai agensi, NGO akan diperkasakan
Perhilitan bertekad meneruskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu iaitu 'Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di seluruh Semenanjung. Melalui BP3 jelasnya, program Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan akan dilaksanakan.

Seludup Hidupan Liar | Kini boleh didenda hingga RM1 juta, penjara 15 tahun
Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia akan menguatkuasakan 44 Seksyen di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] bermula hari ini. Menurut Perhilitan dalam satu kenyataan, penguatkuasaan Akta A1646 bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar yang melibatkan beberapa kesalahan menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar.

COVID-19: 95.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.8 peratus atau 22,893,173 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Johor, Terengganu masuk Fasa 4 PPN bermula 25 Oktober - Perdana Menteri
Hanya tinggal tujuh lagi negeri berada di Fasa 3 iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Ibu, bapa, penjaga dibenarkan teman remaja vaksin
Seorang sahaja dibenarkan bagi stesen saringan suhu dan gejala, pendaftaran vaksinasi, kebenaran ibu bapa atau penjaga dan konsultasi serta pemberian vaksin.

COVID-19: Thailand sasar suntik 5.4 juta pelajar berusia 12-17 tahun bermula Isnin
Sekurang-kurangnya 3.68 juta pelajar sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan vaksinasi.

PICK Remaja: Tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar video, berita tidak benar
Ia bukan sahaja mengganggu kelancaran program, malah menimbulkan kebimbangan ibu bapa serta pelajar yang akan mengambil vaksin.

Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi - Dr Azmi
Seramai 52,774 atau 1.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam negara telah lengkap menerima vaksin COVID-19 jenis Cominarty setakat 30 Sept lepas.

MPM mungkin perlu pertimbang semula hantar kontinjen ke AYPG 2021
Atlet remaja negara didakwa tidak melakukan persiapan rapi, selain proses vaksinasi bagi golongan itu baru sahaja bermula.

Dakwaan pelajar SMK Tasek Damai maut selepas divaksinasi, polis terima 2 laporan
berkata laporan dibuat mereka terbabit berhubung ketidakpuasan hati terhadap dakwaan kematian dua pelajar berkenaan.

Vaksinasi: Remaja tidak bersekolah, tiada dokumen pengenalan di Kapit boleh 'walk-in' ke PPV
Remaja yang sudah berhenti sekolah dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di Kapit, Sarawak masih layak menerima vaksin, kata Pegawai Kesihatan Kapit, Dr Hamidi Mohamad Sharkawi.

Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.