awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 60 hektar sawah di Kuala Kurau diserang hawar bulir bakteria

Bernama
Bernama
30/12/2019
10:06 MYT
Lebih 60 hektar sawah di Kuala Kurau diserang hawar bulir bakteria
Sembilan sampel dihantar ke makmal Jabatan Pertanian di Kuala Lumpur untuk pengesanan penyakit itu dan mengenal pasti punca sebenar. - Gambar hiasan
Seramai 35 petani di beberapa kampung di Kuala Kurau mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila lebih 62 hektar sawah padi mereka diserang penyakit hawar bulir bakteria (Baterial Panicle Blight) sejak awal bulan ini.
Ecxo Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Peladangan Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata antara kampung terbabit ialah Parit Gumpong, Parit Tanjung Piandang, Parit Haji Manan, Parit Mat Ali, Parit Sungai Baru, Parit Haji Samsuri dan Parit Haji Yusof.
Beliau berkata penyakit itu menyebabkan padi menjadi hampa atau tidak berisi, dan punca serangan masih dalam siasatan, namun beliau tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada penggunaan benih padi yang tidah sah.
"Simptom serangan penyakit itu boleh dikesan apabila padi mula berisi dalam tempoh 95 hingga 110 hari," katanya dalam sidang media di sini, pada Isnin.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau berkata serangan hawar bulir bakteria menyebabkan ada kilang yang enggan membeli padi dari kawasan berkenaan, dan ada juga yang mengenakan potongan berat padi yang dibeli sehingga 70 peratus.
Abdul Yunus berkata sembilan sampel dihantar ke makmal Jabatan Pertanian di Kuala Lumpur untuk pengesanan penyakit itu dan mengenal pasti punca sebenar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#benih padi
#hawar bulir
#hawar bulir bakteria
#sawah padi
#serangan penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan