KUALA LUMPUR: 15 Mei 1948 merupakan tarikh tercetusnya Perang Arab-Israel Pertama dengan mengakibatkan 700,000 penduduk asal Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri.
Peristiwa hitam yang turut diingati sebagai Hari Nakba itu, kini sudah melebihi 70 tahun usianya.
Sejak itu, pelbagai konflik, perang demi perang berlaku dan menyaksikan ribuan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua yang kehilangan nyawa.
Kerosakan harta benda, bangunan dan tanah pertanian pula tidak dapat digambarkan.
Kini, kira-kira lima juta penduduk Palestin didaftarkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pelarian dan tinggal di Jordan, Syria dan Lebanon.
Bagaimanapun, semangat dan perjuangan mereka tidak pernah hilang dan luntur untuk merampas kembali tanah suci itu.
Justeru, menyedari keperitan dialami mereka sejak sekian lama, Astro AWANI | LINC dengan kerjasama MERCY Malaysia membawakan webinar bertajuk “The Unyielding Spirit of Palestine: Humanity Without Fear”.
Webinar itu akan membincangkan secara mendalam melihat kepada aspek keperluan kemanusiaan, persaudaraan serta prinsip dalam menerima dan memberikan bantuan selain kesedaran masyarakat antarabangsa dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.
Dikendalikan oleh Penyampai dan Penerbit Astro AWANI, Sharaad Kuttan, webinar itu akan disertai Pengasas Bersama Bantuan Perubatan untuk Palestin dan Penulis “From Beirut to Jerusalem: A Woman Surgeon with the Palestinians”, Dr Ang Swee Chai; Perunding Neuropemulihan & Perubatan, Universiti Islam Gaza; Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus dan Ketua Subbahagian Gaza di Pertubuhan Kesihatan Dunia, Sacha Bootsma.
Orang ramai boleh mendaftar di linc.astroawani.com dan sertai webinar pada 24 Jun ini, jam 4 petang.
Ehsan A Marisah
Tue Jun 22 2021
Kira-kira lima juta penduduk Palestin didaftarkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pelarian dan tinggal di Jordan, Syria dan Lebanon.
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandatangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Bank Dunia ikrar sokongan kecemasan
Bank Dunia menyediakan bantuan kecemasan kepada Rio Grande do Sul, yang terjejas teruk akibat hujan dan banjir baru-baru ini, dengan angka kematian mencecah 136 orang.
Seorang lagi warga India ditangkap di Kanada
Polis Kanada telah menangkap seorang lagi warga India berhubung pembunuhan pemimpin Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lepas pada Sabtu.
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan ditutup oleh Israel.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Serangan ke atas Rafah diperhebat oleh tentera Israel
Terbaharu kereta kebal Israel dilihat menembak ke arah selatan bandar Rafah yang sesak pada Rabu.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.