awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 80,000 belia daftar program Rakan Muda baharu - Hannah

Bernama
Bernama
19/08/2023
05:05 MYT
Lebih 80,000 belia daftar program Rakan Muda baharu - Hannah
Hannah menyeru kesemua belia untuk menyertai program Rakan Muda dengan mendaftar melalui portal Kementerian Belia dan Sukan (KBS). - Gambar/ Bernama
PETALING JAYA: Inisiatif Rakan Muda yang diberikan nafas baharu sejak Jun lepas, menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 80,000 belia berusia 15 hingga 30 tahun setakat hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut menyeru kesemua belia untuk menyertai program Rakan Muda dengan mendaftar melalui portal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html atau e-mel kepada [email protected].
"Kalau dulu program Rakan Muda di peringkat sekolah sahaja, tetapi sekarang kita buat terbuka untuk mereka berusia 15 hingga 30 tahun bermaksud di luar sekolah juga, dan penyertaan berbentuk pilihan, setiap daerah dan negeri mempunyai program dan aktiviti yang berbeza.
"Hari ini saya datang untuk pelancaran Rakan Muda negeri Selangor ... mereka telah aktifkan Rakan Muda dengan pusatnya di Kompleks Rakan Muda Petaling Jaya," katanya pada program Jelajah Mini Rakan Muda peringkat Selangor di sini hari ini.
Program Rakan Muda dilancarkan semula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 25 Jun lepas.
Sepuluh gaya hidup baharu diperkenalkan menerusi inisiatif itu dalam usaha memperkukuh jenama Rakan Muda melibatkan Rakan Demokrasi, Rakan Litar, Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.
Hannah sebelum ini menyasarkan penyertaan sejuta belia berusia 15 hingga 30 tahun bagi menyertai program Rakan Muda berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rakan Muda
#Hannah Yeoh
#Anwar Ibrahim
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan