awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 90 peratus lepasan institusi MARA dapat pekerjaan selepas tamat pengajian

Bernama
Bernama
08/10/2023
21:45 MYT
Lebih 90 peratus lepasan institusi MARA dapat pekerjaan selepas tamat pengajian
Fazli Rizal berkata ini kerana silibus institusi seperti Institut Kemahiran MARA, GIATMARA dan Kolej Poly-Tech MARA menepati kehendak pemain industri. - Foto BERNAMA
PASIR PUTEH: Lebih 90 peratus lepasan institusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berupaya mendapatkan pekerjaan sebaik menamatkan pengajian.
Pengarah MARA Kelantan Fazli Rizal Ismail berkata ini kerana silibus institusi seperti Institut Kemahiran MARA, GIATMARA dan Kolej Poly-Tech MARA menepati kehendak pemain industri.
"Keadaan ini sekali gus melepasi kadar kebolehpasaran graduan di peringkat nasional apatah lagi kami sentiasa melibatkan pemain industri dalam penyediaan silibus pengajian.
"Kami juga memastikan apa yang dipelajari di MARA dapat diaplikasikan di bidang pekerjaan sebaik tamat pengajian," katanya semasa menghadiri Majlis Penutup Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Negeri Kelantan Peringkat Daerah Pasir Puteh di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Selising di sini pada Ahad.
Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA Faisalludin Mohamat Yusuff.
Fazli Rizal juga berkata silibus MARA akan dikemas kini setiap dua tahun dan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia tidak perlu risau kerana agensi itu menyediakan sistem pendidikan berkualiti serta sesuai dengan peredaran zaman seperti teknologi kecerdasan buatan yang semakin diaplikasi dalam sektor industri.
"MARA akan menggandakan usaha kerana percaya masih ada pelajar atau ibu bapa yang tidak mengetahui dengan jelas peranan MARA dalam memartabatkan sektor pendidikan di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pendidikan
#peranan MARA
#peredaran zaman
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan