awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih banyak insentif untuk penjaja, peniaga kecil - PM

Bernama
Bernama
18/11/2022
07:23 MYT
Lebih banyak insentif untuk penjaja, peniaga kecil - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2022 hari ini berkata, kerajaan akan menyediakan lebih banyak insentif untuk penjaja dan peniaga kecil di Malaysia. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2022 hari ini berkata, kerajaan akan menyediakan lebih banyak insentif untuk penjaja dan peniaga kecil di Malaysia.
"Terima kasih kerana membantu memperkasakan ekonomi negara. Insya-Allah lebih banyak insentif yang bakal saya laksanakan untuk penjaja dan peniaga kecil di Malaysia," katanya dalam satu catatan di laman Facebooknya hari ini.
Mengucapkan Selamat Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2022 kepada semua penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara, Ismail Sabri dalam catatan itu berkongsi kisah bahawa beliau juga pernah menjadi penjaja dan oleh itu, peka dengan keperluan golongan tersebut.
"Kerajaan sentiasa berusaha mengangkat dan mengetengahkan peranan komuniti penjaja dan peniaga kecil untuk sama-sama memacu kemakmuran negara," katanya.
Menurut Ismail Sabri, pelbagai kemudahan disediakan kerajaan termasuk pengurangan 50 peratus sewaan premis, pengecualian sewaan tapak berniaga serta pengecualian fi lesen penjaja dan peniaga kecil sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.
Program Pendigitalan Penjaja dan Peniaga Kecil Warongku membantu golongan penjaja untuk mendigitalkan perniagaan mereka, selain inisiatif program pembiayaan mikro tanpa faedah berjumlah RM50,000 secara dalam talian bertujuan membantu penjaja dan peniaga kecil, katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#insentif
#Hari Penjaja dan Peniaga Kecil
#ekonomi negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan