Malaysia bimbang dengan peningkatan bilangan titik panas yang dikesan di Sumatera, Indonesia.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, laporan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) hari ini menunjukkan terdapat 308 titik panas dikesan di Sumatera.
"Saya memantau situasi ini setiap hari dan ia amat membimbangkan.
"Saya turut menyampaikan taklimat dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini berhubung situasi cuaca terkini, dan berharap untuk bertemu rakan sejawatannya di Indonesia untuk membincangkan perkara itu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, isu lain yang akan diketengahkan dalam mesyuarat yang dicadangkan pada 17 dan 18 September di Jakarta itu adalah Memorandum Persefahaman Malaysia-Indonesia bagi menangani isu jerebu rentas sempadan
Dalam hubungan ini, beliau berharap dapat memuktamadkan MOU dipersetujui semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menteri-Menteri Sub-Serantau (MSC) Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ke-17, semasa lawatannya nanti.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, beliau masih belum menerima jawapan daripada Menteri Alam Sekitar Indonesia berhubung permohonan untuk mengadakan mesyuarat dua hala itu.
Selain Indonesia dan Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei turut bersetuju untuk mempertingkatkan usaha bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan dalam mesyuarat yang diadakan di Jakarta pada 28 Julai lalu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Datuk Che Gayah Ismail berkata setakat ini, belum ada keperluan untuk melakukan operasi pembenihan awan di Lembah Klang bagi meredakan masalah jerebu.
Beliau berkata, ini disebabkan kualiti udara di lembah klang, khususnya, masih dalam lingkungan tahap sihat.
"Pada masa ini, belum ada keperluan untuk melakukan pembenihan awan, Bagaimanapun, sebaik sahaja kualiti udara mencecah paras tidak sihat, MET dan TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) akan melakukan operasi itu," katanya, di sini, hari ini.
Katanya Malaysia perlu bertahan dengan keadaan cuaca berjerebu yang berlaku sekarang sehingga hujung September jika aktiviti pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia, berterusan.
Beliau berkata ini disebabkan negara ini mengalami monsun barat daya yang membawa angin dari arah barat daya ke Semenanjung.
"Jadi, jika terdapat aktiviti pembakaran terbuka di Sumatera, tiupan angin itu akan membawa asap ke sini. Keadaan ini akan berterusan sehingga hujung September, yang merupakan permulaan musim antara monsun," katanya.
Musim antara monsun akan membawa lebih banyak taburan hujan pada Oktober dan bulan seterusnya, serta boleh mengakibatkan banjir kilat di negari pantai barat, katanya.
Astro Awani
Wed Sep 02 2015

WAN JUNAIDI: Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) hari ini menunjukkan terdapat 308 titik panas dikesan di Sumatera.

'PdPR satu-satunya pilihan yang ada'
Pengajaran dan pembelajaran di rumah atau istilahnya PdPR, merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat guru, murid dan ibu bapa.

Survival paling penting buat masa ini - Bront Palarae
Biarpun baru sahaja memenangi trofi berprestij, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya.

Darurat bukan gantung terus sidang Parlimen
Darurat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidaklah terus menggantung sidang Parlimen atau menutup ruang untuk Ahli Parlimen bersuara.

Penyokong politik perlu berani tukar ketua terlibat rasuah - Hussamuddin
Negara kini memerlukan sistem organisasi baharu memandangkan yang ada sekarang sudah gagal untuk memerangi rasuah malah negara memerlukan orang baharu untuk memimpin juga.

Laporan khas | Lagi khazanah alam musnah dek pembangunan
Lihatlah keadaan sekarang.. Menyedihkan.. menyakitkan mata dek kerana pembangunan yang dikatakan lestari, tetapi indah khabar dari rupa.

Jawatankuasa bebas | DAP sedia beri kerjasama
Ahli Parlimen Bagan itu mengingatkan Perdana Menteri agar tidak mengambil kesempatan terhadap niat pembangkang sebagai jalan “meluluskan” keputusan yang bertentangan dengan Perlembagaan

Pengorbanan | Tinggal di kampung Orang Asli selepas berkahwin
Sanggup mengubah kehidupan dan meninggalkan kehidupan selesa di bandar. Itu yang dilakukan Nur Amalina Ismail, 29 tahun selepas dia mengahwini Orang Asli dan menjalani kehidupan di perkampungan di Kampung Plug, Pos Tuel, Gua Musang Kelantan bersama suaminya Mohd. Fardhu Angah dari suku kaum Temiar.
![[INFOGRAFIK] Operasi sekolah dan institut pendidikan seluruh negara [INFOGRAFIK] Operasi sekolah dan institut pendidikan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/9372941391610869056569/1885949_8967789641610869430592_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Operasi sekolah dan institut pendidikan seluruh negara

AWANI Ringkas: Jawatankuasa bebas: DAP sedia kerjasama | Darurat: Ada klausa benarkan sidang Parlimen

Ini cara bijak Belanda atasi hakisan pantai
Belanda beralih pula kepada -Sand Motor-, pasir yang dikorek dan ditambak di satu kawasan - membentuk bukit pasir secara semulajadi.

Lebih banyak titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia - Wan Junaidi
Pusat Meteorologi Khas Aasean (ASMC) hari ini menunjukkan terdapat 308 titik panas dikesan di Sumatera.