Sektor pelancongan negara telah menerima lebih 200,000 tempahan dari pelancong asing sehingga akhir November lepas sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014).
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr. Ong Hong Peng berkata tempahan diterima dari seluruh dunia, terutama negara-negara Asia seperti China dan Jepun, Asia Timur dan Eropah.
Menurut Dr. Ho mereka begitu berminat untuk melawat tempat-tempat menarik di Malaysia melalui lebih 600 pakej pelancongan yang ditawarkan.
Dr Ho berkata demikian semasa menyambut ketibaan 69 pelancong dari Beijing dan 20 dari Shanghai, China, sebagai simbolik bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2014, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mereka dikalung dengan rantai manik Sarawak dan diberi minuman teh tarik sebagai tanda penghargaan.
Turut disajikan ialah persembahan kebudayaan seperti tarian kaum orang asli di negara ini serta alunan muzik gamelan.
Selain KLIA, acara sambutan sama turut diadakan di 36 pintu masuk utama negara lain termasuk darat, laut dan kereta api.
Tahun 2014 merupakan kali keempat Tahun Melawat Malaysia diadakan selepas tahun 1990, 1994 dan 2007.
Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammed Taiyab, berkata acara sambutan itu diadakan bagi membolehkan pelancong merasai memeriahan dan keistimewaan TMM2014.
Sambutan selama tiga hari itu bertujuan memaklumkan kepada semua pihak bukan saja pelancong, malah rakyat negara ini mengenai pelancaran TMM2014.
Antara elemen sambutan adalah persembahan kebudayaan tradisional, permainan muzik dan demonstrasi teh tarik.
Pendekatan seumpamanya adalah untuk memeriahkan lagi sambutan TMM2014 dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke negara ini.
Mirza Mohammed ditemui selepas majlis sambutan simbolik pelancong di Terminal Skypark, Subang pada Rabu.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mensasarkan kehadiran 28 juta pelancong dengan anggaran pendapatan pelancongan RM76 bilion sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014.
Astro Awani
Thu Jan 02 2014
Gambar Fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Lebih dua ratus ribu tempahan sudah diterima sempena TMM 2014
Sektor pelancongan negara telah menerima lebih 200,000 tempahan dari pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.