KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini.
Jumlah atlet negara ke Olimpik dijangka terus meningkat dalam beberapa minggu ini dengan lapan pemain badminton dijangka mengesahkan slot ke Paris 2024 selepas ranking kelayakan bagi sukan itu menutup tirai sejurus tamatnya kejohanan Finnish International 2024, hari ini.
Pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita), Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) dan Goh Jin Wei (perseorangan wanita) berada pada kedudukan meraih tiket ke Olimpik, namun perlu menunggu pengesahan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 1 Mei ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata kontinjen negara juga masih berpeluang meraih kelayakan menerusi sukan olahraga, renang, ping pong, memanah dan golf yang dijangka diketahui beberapa minggu lagi.
"MSN harap semua atlet beri tumpuan penuh dan prestasi sebaik mungkin untuk melayakkan diri ke temasya Olimpik. Sukan-sukan tersebut masih berpeluang melayakkan diri kerana proses kelayakan masih berlangsung.
"Terjun juga mempunyai satu lagi peluang melalui kuota yang tidak digunakan untuk diberi slot ke Olimpik (sekiranya ada negara tidak menggunakan kuota mereka)," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sedang memantau persiapan dan prestasi semua atlet yang telah layak dan berpotensi untuk layak.
"Kita jangka mengetahui senarai penuh bagi Paris menjelang awal Jun menerusi persekutuan antarabangsa sukan-sukan terlibat.
"Kita sentiasa berhubung dengan atlet terlibat berkaitan status dan prestasi mereka. Sokongan juga diberi menerusi Kementerian Belia dan Sukan sejak tahun lepas, tak kira atlet berkenaan berada dalam program Road to Gold (RTG) atau tidak," katanya.
Pada Selasa lepas, Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) mengesahkan tiga atlet berbasikal trek negara - Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, layak bagi acara pecut dan keirin.
Kontinjen negara menerima satu lagi berita memberangsangkan pada Jumaat apabila pelayar Khairulnizam Mohd Afendy layak ke Olimpik buat kali keempat berturut-turut selepas menduduki tempat ketiga dalam acara ILCA 7 lelaki (Single-Handed Dinghy) di kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis.
Mereka mengiringi Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat), Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah), Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) dan Bertrand Rhodict Lises (terjun) yang terlebih dahulu melayakkan diri ke Olimpik Paris bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sementara itu kemarau bagi dua sukan berpasukan popular masih berpanjangan apabila skuad Harimau Muda gagal melayakkan diri bagi acara bola sepak lelaki selepas gagal meraih sebarang mata bagi aksi peringkat Kumpulan D, Piala Asia Bawah-23 tahun di Qatar.
Dengan hanya dua pasukan teratas akan mara ke suku akhir, skuad kendalian Juan Torres Garrido tewas 0-2 masing-masing kepada Uzbekistan pada 17 April dan Vietnam (20 April), selain kalah 1-2 kepada Kuwait (23 April) untuk pulang dengan tangan kosong.
Pasukan bola sepak Malaysia hanya pernah layak ke Olimpik sebanyak dua kali iaitu pada edisi Munich 1972 dan Moscow 1980, namun tidak menyertai Olimpik Moscow kerana boikot yang diketuai Amerika Syarikat.
Pasukan hoki lelaki pula gagal menamatkan kemarau 24 tahun ke Olimpik sejak kali terakhir beraksi di edisi 2000 Sydney selepas skuad Speedy Tigers menga-khiri kempen kelayakan di Oman pada kedudukan tercorot peringkat kumpulan awal tahun ini, manakala gagal melepasi peringkat kumpulan pada Sukan Asia Hangzhou, tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini. - Gambar fail/REUTERS
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.
Atlet perlu berjiwa besar raih kejayaan di Paris - Hannah
Komitmen Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris perlu ada dalam jiwa setiap atlet negara lain yang layak.
Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan
Momentum semangat untuk menyambut temasya Olimpik Paris 2024 sedikit terganggu gara-gara disebabkan kawah obor yang gagal menyala sebaik tamatnya fasa larian.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.