KUALA LUMPUR:Susulan kes COVID-19 menunjukkan angka membimbangkan di Selangor, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Selangor mengalu-alukan penyertaan lebih ramai sukarelawan untuk membantu barisan hadapan di negeri berkenaan.
Pengerusinya, R Nanthakumar berkata, pihaknya telah merangka pelbagai strategi untuk 2021 termasuk memberi bantuan tenaga kerja di Hospital Selayang.
Bahkan, mereka turut menggerakkan melakukan proses sanitasi di beberapa kawasan sekitar Selangor.
"Bagi memastikan semuanya berjalan lancar selain meringankan beban tugas hadapan, kita memerlukan tambahan kira-kira 1,000 sukarelawan lagi.
“Kita sudah bersedia dengan pelan strategi malah kira juga telah mengaktifkan bilik ‘Task Force COVID-19 2.0’ di peringkat negeri, beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu.
“Semua yang terlibat adalah sukarelawan, 24 jam sehari dan kami sediakan pasukan yang memandu ambulans dan juga pasukan sanitasi,” katanya kepada Astro AWANI.
Sukarelawan BSMM Selangor kini setiap hari menjalankan sanitasi di Hospital Selayang bagi membantu hospital tersebut membasmi virus COVID-19.
Menurut Nanthakumar, selain penambahan sukarelawan, pihaknya juga mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
“Kami juga berharap rakyat negeri Selangor bersama-sama membanteras, berganding bahu untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini,” ujarnya.
Katanya lagi, tahun lepas BSMM Selangor menjalankan pelbagai aktiviti bagi membantu barisan hadapan malah mereka turut menyumbangkan makanan kepada golongan memerlukan yang terjejas teruk akibat pandemik itu.
Tiba ke tahun 2021, Nanthakumar berkata mereka kini sedang giat merancang pelbagai strategi dan antara fokus utama adalah memberi bantuan dan sokongan kepada barisan hadapan.
Astro Awani
Wed Feb 03 2021
Setiap hari sukarelawan BSMM Negeri Selangor membantu barisan hadapan di Hospital Selayang dalam usaha meringankan tugas petugas di hospital berkenaan. - Gambar BSMM Negeri Selangor
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam
29 Julai ditetapkan bagi memutuskan rayuan terhadap keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet TLDM, J. Soosaimanicckam.
Elon Musk ke Bali untuk pelancaran Starlink
Elon Musk berada di Bali untuk melancarkan perkhidmatan Starlink dan kerajaan sudah membuat tawaran rasmi kepada Tesla untuk membuka kilang bateri di negara itu.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong.
Isteri, anak nelayan lemas terima faedah Perkeso
Balu dan empat anak nelayan yang ditemui lemas ketika mencari rezeki di laut di Pulau Pinang pada 35 April lalu mendapat faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.
Kekuatan BSMM kerana kehadiran golongan belia - Tunku Puteri Intan Safinaz
Tunku Puteri Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan BSMM juga memaklumkan, disebabkan penyertaan ramai belia, pihaknya mempunyai jawatankuasa dan polisi belia yang diaplikasikan di seluruh negara.
BSMM akan agih dana RM1.2 juta dari Geneva
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan mengagihkan dana bantuan dalam bentuk baucar tunai bernilai kira-kira 300,000 Swiss Francs (lebih RM1.2 juta)
Malaysia bantu pengumpul dana salurkan sumbangan kepada rakyat Palestin - Hishammuddin
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan kempen untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.
Lebih ramai sukarelawan diperlukan untuk bantu barisan hadapan
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Selangor mengalu-alukan penyertaan lebih ramai sukarelawan untuk membantu barisan hadapan di negeri berkenaan.
Saluran kutipan dana hanya melalui laman web rasmi - BSMM
Sebarang bantuan dan kutipan dana kepada Bulan Sabit Merah Malaysia hanya boleh disalurkan menerusi laman web rasmi untuk sepanjang tahun.
Tunku Puteri Intan Safinaz cipta sejarah wanita pertama terajui BSMM
Mesyuarat Agung BSMM pada 24 Jun lepas bersetuju memilih beliau sebagai Pengerusi Kebangsaan menggantikan Tunku Shahriman Tunku Sulaiman.