awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih RM4 bilion tanah kerajaan persekutuan dijual kerajaan terdahulu - Guan Eng

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2019
02:40 MYT
Lebih RM4 bilion tanah kerajaan persekutuan dijual kerajaan terdahulu - Guan Eng
Lim berkata, para pemimpin pentadbiran lalu harus mengakui bahawa penjualan tanah dan aset kerajaan merupakan amalan lazim kerajaan terdahulu. - Gambar fail
Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik kerajaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menepis dakwaan sesetengah pihak.
Sebaliknya, katanya, lebih RM4 bilion tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual oleh kerajaan terdahulu antara 2010 dan 2017.
"Malah, kebanyakan penjualan tanah milik kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut melampirkan rajah yang menunjukkan sebanyak 14 plot tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dijual di sekitar Kuala Lumpur dan dua di Selangor dari tahun 2010 hingga September 2019.
Katanya, ia jelas membuktikan, sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2018, tiada tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.
Lim berkata, rajah di atas jelas membuktikan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2018, tiada tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.
Lim berkata, rajah di atas jelas membuktikan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2018, tiada tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.
Rajah yang menyokong kenyataan Lim hari ini.
Rajah yang menyokong kenyataan Lim hari ini.
Lim berkata, para pemimpin pentadbiran lalu terus-menerus menuduh Kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan.
Dakwaan ini, katanya, perlu dihentikan kerana ia tidak berasaskan fakta.
Sebaliknya, mereka seharusnya mengakui bahawa ia merupakan satu amalan lazim kerajaan yang mereka anggotai dahulu, tambahnya.
BACA: Kerajaan akan jual aset demi kurangkan hutang negara - Tun Mahathir
BACA: Dr Mahathir mahu selesaikan isu hutang negara sebelum lepaskan jawatan
Beliau turut menekankan, urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan-teras dan bukan-kritikal aset negara adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.
"Ia bertujuan mengimbangkan kembali portfolio kerajaan dan menjajarkan kembali peranan sektor awam," kata Lim.
BACA: Kerajaan komited kurangkan hutang, liabiliti negara secara keseluruhan - Lim
Topic Berkaitan
#aset kerajaan
#dakwaan
#jual tanah
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#Pakatan Harapan
#pelupusan
#penyahlaburan
#Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
#rundingan terus
#tanah kerajaan
#tender terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan