KUALA LUMPUR: Sebanyak 63.35 peratus daripada hampir 300 kilometer (km) laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang menghubungkan persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong, Pahang dengan Kuala Krai, Kelantan telah siap.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sehingga 10 Julai lepas terdapat kelewatan sebanyak 0.39 peratus daripada 63.74 peratus yang dijadualkan setelah mengambil kira lanjutan masa (EOT) diluluskan.
"Projek LTU yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 2008 adalah tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dengan 11 projek telah siap, 14 dalam pembinaan dan satu dalam proses perolehan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai status kelewatan projek LTU atau dahulunya dikenali Central Spine Road (CSR) dan langkah mengurangkan kelewatan.
Alexander berkata bagi Pakej 1 dari Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, kemajuan semasa telah mencapai 11.59 peratus; Pakej 2 dari Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang (22.40 peratus); Pakej 3 dari Gua Musang ke Kampung Relong (84.25 peratus); Pakej 4 dari Kampung Relong ke Raub (63.69 peratus); Pakej 5: Raub ke Bentong telah dibuka kepada pengguna; dan Pakej 6 dari Bentong ke Persimpangan LPT (30.07 peratus).
"Setiap isu berbangkit seperti pengambilan balik tanah, pengalihan utiliti, pengurusan trafik, kekurangan tenaga kerja, keadaan cuaca tidak menentu dan kenaikan harga barang dapat diatasi sebaik mungkin mengikut amalan terbaik pengurusan pembinaan serta mematuhi garis panduan dan peraturan semasa yang berkuat kuasa," katanya.
Sementara itu, Alexander berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) mempunyai perancangan untuk menaik taraf kawasan Koridor Timur Barat khususnya Pasir Puteh, Kelantan ke Gerik, Perak dan Simpang Pulai, Aring ke Kenyir, Terengganu menerusi Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 (HNDP 2030).
Beliau berkata antara projek naik taraf yang dirancang adalah FT004 dari Kupang, Kedah ke Tanah Merah, Kelantan sejauh 204km; FT004 dari Pasir Puteh ke Machang - Jeli sejauh 46.3km; FT185 dari Simpang Pulai, Aring ke Gua Musang sejauh 94km; serta FT1744/FT185 dari Chiku, Kelantan ke Basung, Terengganu sejauh 39km.
Beliau turut memaklumkan agensi pusat telah meluluskan Rolling Plan Ketiga (RP3) dan Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk projek itu.
"Untuk RP3 ia melibatkan naik taraf laluan dari Kampung Pak Badol Ke Kampung Banir Belikong di Pasir Puteh serta menggantikan dua jambatan di Jeli. RP4 pula adalah menaik taraf Lebuh Raya Timur Barat dari Seksyen 113 Ke Seksyen 151 di Gerik, Perak.
"Selain itu, terdapat projek yang telah diluluskan di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bagi laluan FT482 Jalan Pasir Puteh - Tok Bali bagi skop pengambilan tanah dalam RMK-12," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024
Alexander berkata sehingga 10 Julai lepas terdapat kelewatan sebanyak 0.39 peratus daripada 63.74 peratus yang dijadualkan setelah mengambil kira lanjutan masa (EOT) diluluskan. - Gambar fail
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.