awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
MOF, KKM tubuh jawatankuasa bersama tangani kos kenaikan penjagaan kesihatan swasta
MALAYSIA
Malaysia promosikan pendidikan tinggi di Jakarta menerusi 'MyEduTour' 2025
MALAYSIA
Johor komited lahirkan 600 akauntan profesional
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan

Bernama
Bernama
21/11/2024
20:15 MYT
Sponsor Banner
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Mohammad Zahir (tengah) bersama Jenny Choy Tsi Jen (kiri) berbincang sebelum bercakap pada media sempena Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua, Dewan Negeri ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Khamis. - Gambar Bernama
IPOH: Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, belanjawan yang disifatkan mesra rakyat itu antaranya memfokuskan pembangunan negeri selaras Pelan Perak Sejahtera 2030.
Beliau berkata, Belanjawan Negeri akan dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diberi peluang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
"Sesi perbahasan yang diperuntukkan kepada penyokong kerajaan dan ketua pembangkang ialah 45 minit manakala 20 minit kepada ADUN yang lain," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Speaker DUN, Jenny Choy Tsi Jen dan Penolong Setiausaha Dewan Negeri, Amir Fadli Mohamed Halmi.
Sementara itu, Mohammad Zahir berkata, pemilihan Ahli Dewan Negara adalah antara usul yang akan dibentangkan dalam persidangan berkenaan.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya telah menerima dua pencalonan bagi mengisi satu kekosongan kerusi berkenaan dan tarikh tutup pencalonan pada 22 Nov (esok).
"Semua ahli dewan telah dimaklumkan notis tentang perkara ini (pencalonan) bagi mencalonkan individu untuk dilantik sebagai Senator di Dewan Negara.
"Pelaksanaan pembentangan sesi itu akan diadakan pada persidangan hari kedua iaitu pada 2 Dis selepas selesai penggulungan Enakmen Perbekalan Tahun 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025," katanya. - BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#Dewan Negara
#pembangkang
#senator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami