awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legasi Abdul Taib jadi inspirasi untuk terus majukan Sarawak - Mutang Tagal

Bernama
Bernama
21/02/2024
09:47 MYT
Legasi Abdul Taib jadi inspirasi untuk terus majukan Sarawak - Mutang Tagal
Mutang berkata kepemimpinan Abdul Taib (gambar) yang berwawasan, dedikasi kepada perkhidmatan awam dan usaha tanpa lelah untuk meningkatkan kehidupan rakyat akan terus diingati dan dihargai generasi akan datang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Legasi kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang mewariskan kemajuan, pembangunan dan perpaduan rakyat negeri itu akan terus menjadi inspirasi kepada semua untuk terus memajukan negeri Bumi Kenyalang.
Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal dalam kenyataan hari ini berkata kepemimpinan Abdul Taib yang berwawasan, dedikasi kepada perkhidmatan awam dan usaha tanpa lelah untuk meningkatkan kehidupan rakyat akan terus diingati dan dihargai generasi akan datang.
Katanya Abdul Taib juga memainkan peranan penting dalam pembangunan pelbagai taman perindustrian seperti Taman Perindustrian Samajaya selain menubuhkan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) pada 2008, sebuah kawasan ekonomi dan koridor pembangunan yang merangkumi kawasan sentral Sarawak.
"Di bawah pimpinannya sebagai Ketua Menteri, Sarawak telah memulakan era dan perjalanan industrialisasi. Abdul Taib juga memimpin usaha transformasi dalam sektor utama seperti kayu, kelapa sawit, dan hutan," katanya.
Mutang secara peribadi berkata beliau terhutang budi kepada Abdul Taib yang meletakkan kepercayaan kepadanya untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas (kini Lawas dan Limbang) seterusnya berkhidmat di situ sehingga 1990.
Abdul Taib, 87, meninggal dunia pada 4.40 pagi tadi selepas menerima rawatan selama kira-kira seminggu di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#Mutang Tagal
#inspirasi
#rakyat Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan