awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembedahan lutut: Sultan Ibrahim sembah ucap selamat kepada Sultan Brunei
Gajah liar ragut 20 nyawa di Jharkhand, India lancar operasi besar-besaran
Reman bekas Panglima TDM tidak dilanjut, seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan - KP SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda bola sepak Kedah Hussin Jaafar meninggal dunia

Bernama
Bernama
11/10/2025
07:35 MYT
Legenda bola sepak Kedah Hussin Jaafar meninggal dunia
Legenda bola sepak Kedah era 80-an dan 90-an, Hussin Jaafar, meninggal dunia pada usia 60 tahun di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. -Gambar Facebook
ALOR SETAR: Legenda bola sepak Kedah era 80-an dan awal 90-an, Hussin Jaafar, 60, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam.

Ringkasan AI
  • Legenda bola sepak Kedah era 80-an dan 90-an, Hussin Jaafar, meninggal dunia pada usia 60 tahun di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
  • Allahyarham dikenang sebagai penyerang utama skuad Hijau Kuning yang menjaringkan gol pertama dalam kemenangan Piala Malaysia 1990 menewaskan Singapura 3-1.
  • Jenazah disolatkan di Masjid Tunku Intan Safinaz dan dikebumikan di Anak Bukit, dengan ucapan takziah dan penghormatan daripada KFA serta pemimpin negeri.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Radhi Mat Din berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di Taman Aman, Anak Bukit di sini sebelum disolatkan di Masjid Tunku Intan Safinaz selepas solat zuhur.
"Buat generasi baharu, Allahyarham adalah penyerang legenda bola sepak Kedah pada era 90-an.
"Bersama pasukan Kedah, Allahyarham berjaya membantu skuad Hijau Kuning mara ke pentas akhir Piala Malaysia empat tahun berturut-turut bermula 1987 dan muncul juara pada 1990 selepas menewaskan Singapura 3-1," katanya dalam hantaran di Facebook.
Muhammad Radhi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah berkata Hussin telah menjaringkan gol pertama yang membawa pasukan Kedah menjuarai Piala Malaysia pada 1990.
"Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham bersama para solihin dan salam takziah buat keluarga Allahyarham," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hussin Jaafar
#legenda bola sepak kedah
#penyerang utama
#Skuad hijau kuning
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan