KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi menggunakan pengaruhnya di media sosial untuk menyeru orang ramai agar segera mendaftar diri bagi mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Azizulhasni berkata tindakan segera perlu diambil masyarakat kerana vaksin COVID-19 penting bukan sahaja untuk melindungi diri sendiri tetapi juga orang tersayang selain membantu negara membina imuniti berkelompok.
Beliau yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' itu juga turut berkongsi maklumat kepada orang ramai yang masih meragui status vaksin itu halal atau sebaliknya.
"Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah memutuskan yang pengambilan vaksin ini adalah harus.
"Begitu juga di peringkat antarabangsa, institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif yang dipengerusikan Syeikh al-Azhar Syeikh Dr Ahmad al-Tayyib juga telah menfatwakan yang hukumnya juga adalah harus," katanya menerusi hantaran di laman Facebook, Twitter dan Instagramnya hari ini.
Azizulhasni memuat naik hantaran berkenaan selepas selesai menerima suntikan kedua vaksin COVID-19 di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.
Beliau yang ketika ini sedang melakukan persiapan terakhir ke Sukan Olimpik Tokyo di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, sebelum ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 26 Mei lepas di Melbourne, Australia, sewaktu menjalani latihan di sana.
Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu turut mengulangi gesaan agar orang ramai menolak teori konspirasi yang banyak berlegar dalam masyarakat ketika ini.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil itu pernah berkongsi kebaikan pengambilan vaksin COVID-19, termasuk mengajak rakyat Malaysia menolak dakwaan teori konspirasi yang kononnya vaksin mengandungi cip mikro serta agenda membunuh manusia menerusi satu hantaran di media sosial pada 26 Mei lepas.
Azizulhasni dijadual turun beraksi dalam acara kegemarannya keirin dan pecut individu, manakala Muhammad Shah Firdaus bagi acara pecut di Sukan Olimpik Tokyo yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Setakat semalam, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dalam hantara di Twitter memaklumkan 5,815, 575 suntikan telah dilakukan melibatkan 4,202,601 bagi dos pertama dan 1,612, 974 lagi untuk dos kedua.
Selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba basikal kebangsaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom hari ini menerima suntikan dos pertama beliau di lokasi sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
Azizulhasni memuat naik hantaran berkenaan selepas selesai menerima suntikan kedua vaksin COVID-19 di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini. - Foto Instagram/@azizulhasniawang
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit
Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah dan Nurul Izzah Izzati secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Seperti Velodrom Brunswick di Australia, velodrom asas seperti itu juga harus ada di seluruh Malaysia, kata Azizulhasni.
Cuma jalani latihan ringan sebelum ke Brisbane - Azizulhasni
Beliau tekad menyertai kejohanan tersebut memikirkan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 144 hari biarpun doktor nasihatkan untuk berehat.
RTG: Situasi Azizulhasni Awang terima kepercayaan penuh atas saranan pasukan perubatan
Stuart percaya semua pihak yang terlibat dalam pasukan kebangsaan akan meletakkan kondisi kesihatan Azizulhasni sebagai keutamaan.
'Saya buat kerja gila' - Azizulhasni
Azizulhasni menyifatkan kejayaan meraih emas pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.
Simptom perikarditis paksa Azizulhasni tarik diri acara pecut
Azizulhasni terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, selepas mengalami simptom itu.
Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni keempat terpantas kelayakan pecut
Azizulhasni mara ke pusingan 1/8 acara pecut Piala Negara-Negara UCI selepas menduduki tangga keempat pusingan kelayakan di Adelaide, Australia.