awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Bangladesh maut dalam mesin pengisar

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2023
04:30 MYT
Lelaki Bangladesh maut dalam mesin pengisar
Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang dipercayai terperangkap ketika bersembunyi dalam mesin pengisar sebuah kilang di Rawang, hari ini. - Foto Sinar Harian
GOMBAK: Padah menyembunyikan diri dalam mesin pengisar ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia, seorang pekerja kilang ditemui maut di sebuah kilang di kawasan perindustrian Rawang di sini pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 9.27 pagi.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam mesin pengisar tersebut.
"Mangsa merupakan seorang lelaki warga Bangladesh berumur lingkungan 30 tahun dipercayai bertindak menyembunyikan diri dalam pengisar berkenaan ketika operasi pihak Imigresen pada Sabtu malam," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia sebelum pihak bomba tiba.
"Mayat kemudiannya dikeluarkan anggota bomba terlibat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mesin pengisar
#serbuan Jabatan Imigresen
#pekerja kilang maut
#warga Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan