awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bawa ketum ditahan selepas kereta dipandu terbabas

Bernama
Bernama
03/02/2022
20:45 MYT
Lelaki bawa ketum ditahan selepas kereta dipandu terbabas
Pemeriksaan ke atas kenderaan menemui sebanyak 35 plastik hitam yang di dalamnya mengandungi daun ketum dengan anggaran berat 350 kg. - Facebook Polis Daerah Kubang Pasu
ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 350 kilogram (kg) daun ketum selepas kenderaan dipandu suspek terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kampung Kubang Tiga, Chuping, Perlis, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata sebelum itu sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu telah mengesan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 25 Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam pada 1.15 pagi.
"Kenderaan suspek telah diarahkan untuk berhenti, namun suspek telah bertindak memecut laju kenderaan bagi mengelak daripada ditahan.
Anggota trafik telah bertindak mengekori kenderaan tersebut dan suspek telah terbabas sehingga melanggar sebatang pokok di kawasan Kampung Kubang Tiga, Chuping, Perlis," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Katanya, lelaki itu kemudiannya berjaya ditahan dan pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaikinya menemui sebanyak 35 plastik hitam yang di dalamnya mengandungi daun ketum dengan anggaran berat 350 kg.
Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, Perlis dan ujian air kencing dijalankan ke atasnya mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.
Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daun ketum
#Rodzi Abu Hassan
#Polis Kubang Pasu
#positif dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan