BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki yang membawa beberapa senjata berbahaya dan dadah dalam kereta dipandunya di Seberang Jaya, di sini.
Suspek yang memandu kereta Proton Saga cuba meloloskan diri dengan bertindak melanggar sebuah motosikal seorang anggota polis di Jalan Baru Perai, di sini, kira- kira jam 10.40 pagi Isnin .
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, ketika kejadian, anggota polis berkenaan sedang membuat rondaan cegah jenayah dan melihat suspek berada dalam keadaan mencurigakan lalu telah mengarahkan suspek untuk memberhentikan kenderaannya .
Bagaimanapun, suspek enggan berhenti apabila diminta berbuat demikian dan bertindak melanggar motosikal ditunggangi anggota itu sehingga terjatuh dan melarikan diri.
"Suspek dilihat membuat pusingan U menuju ke arah Seberang Jaya. Bagaimanapun, dia berjaya ditahan polis selepas itu,
"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek, pihak polis menemui beberapa senjata berbahaya dan dadah,” katanya.
Dalam pada itu, Cheng San berkata, suspek warga tempatan berusia awal 40-an itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berbahaya 1958.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186, 353,506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(3) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Cheng San berkata demikian dalam kenyataan hari ini selepas insiden berkenaan tular di media sosial.
Klip video berdurasi 14 saat yang dimuatnaik dalam satu platform mencetuskan kebimbangan orang awam yang menyaksikan kejadian terbabit.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Feb 14 2023
Polis menahan seorang lelaki yang membawa beberapa senjata berbahaya dan dadah dalam kereta dipandunya di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Petani mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Tertuduh, Shahzairos Ramli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Musyiri Peet.