awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki belasah penjawat awam hingga maut direman tujuh hari

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2023
03:50 MYT
Lelaki belasah penjawat awam hingga maut direman tujuh hari
Suspek dibawa keluar mahkamah selepas tahanan reman dikeluarkan di Mahkamah Majistret Tanah Merah pada Isnin. - Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Seorang lelaki yang disyaki menyebabkan kematian seorang penjawat awam dalam pergaduhan pada Ahad direman selama tujuh hari bermula Isnin.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias.
Tempoh tahanan reman berakhir pada 10 September ini.
Sebelum itu, suspek tiba di Mahkamah Majistret Tanah Merah menaiki kenderaan polis kira-kira jam 9 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna ungu.
Media pada Ahad melaporkan, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes pergaduhan yang mengakibatkan kematian mangsa di Jalan Lama Pasir Putih-Machang di hadapan Hospital Machang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian ialah suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
Menurut beliau, suspek bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur manakala mangsa dan isteri suspek merupakan penjawat awam di sebuah jabatan yang sama di Kuala Krai.
Pergaduhan mengakibatkan mangsa yang berusia 51 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan dan pendarahan serius di bahagian muka selain parah di kedua-dua mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjawat awam maut
#hubungan sulit
#reman
#Mahkamah Majistret Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan