awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
Serangan ke atas anak Rafizi: Hanya polis boleh tentukan NFA atau tidak - Saifuddin
Afrika Selatan isytihar Kuasa Usaha Israel sebagai ‘persona non grata’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berkelakuan lucah di tempat awam ditahan, miliki dua rekod jenayah

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
18/07/2025
01:20 MYT
Lelaki berkelakuan lucah di tempat awam ditahan, miliki dua rekod jenayah
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau, namun saringan awal air kencing terhadapnya negatif daripada pengaruh dadah.
KLUANG: Seorang lelaki berusia 55 tahun yang tular dalam satu video memaparkan perlakuan tidak senonoh di tempat awam, ditahan polis di tepi Jalan Besar Mersing, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 5 petang susulan laporan yang diterima berhubung insiden tersebut yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Batu 4, di sini, pada Rabu lalu.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau, namun saringan awal air kencing terhadapnya negatif daripada pengaruh dadah.
“Susulan daripada laporan yang kami terima, polis berjaya mengesan dan menahan suspek di lokasi berkenaan semalam.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 12 saat di media sosial yang memaparkan lelaki tersebut melakukan aksi tidak senonoh sambil memegang telefon bimbit di tepi jalan, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan orang awam.
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman tersebut dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.
Topic Berkaitan
#berkelakuan lucah
#perlakuan tidak senonoh
#Jalan Besar Mersing
#Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan