awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri direman

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2017
10:31 MYT
Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri direman
Lelaki itu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Seorang eksekutif IT direman empat hari bagi membantu siasatan selepas dia berpakaian ala pengebom bunuh diri ketika menghadiri parti Halloween di Damansara Perdana, pada 28 Oktober lalu.
Perintah reman itu dibuat bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata lelaki warga Yaman berusia 35 tahun itu menyerah diri pada Jumaat selepas fotonya berpakaian sedemikian tular di media sosial.
Menurut Mohd Zani, pihaknya menerima laporan daripada seorang penduduk di kondominium berkenaan memaklumkan kepada polis ada melihat lelaki memakai pakaian ala pengebom bunuh diri ketika menaiki lif pada 28 Oktober lalu.
Kostum lelaki tersebut menyerupai pakaian lelaki Asia Barat namun dilengkapi tali pinggang yang seolah-olah dilengkapi bahan letupan.
Gaya pakaian tersebut amat sensitif dalam pandangan umum lebih-lebih lagi dengan kejadian seumpamanya sering dilaporkan di media, serta berlaku di banyak negara yang berdepan ancaman Daish.
Topic Berkaitan
#ACP Mohd Zani Che Din
#Damansara Perdana
#eksekutif IT
#Halloween
#Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
#kostum
#pakaian ala pengebom bunuh diri
#pengebom bunuh diri
#Petaling Jaya
#polis
#tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan