awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berusia 57 tahun ditahan kerana memiliki senjata

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2015
12:45 MYT
Lelaki berusia 57 tahun ditahan kerana memiliki senjata
Suspek kini ditahan reman sehingga 7 Julai bagi membantu siasatan. - Gambar Hiasan
Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah kerana memiliki sepucuk pistol yang disorok di bawah kerusi penumpang hadapan di dalam keretanya, petang semalam.
Polis turut merampas kelopak, 9 butir peluru,sebuah kereta mewah jenis BMW dan barang peribadi milik suspek.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kedah telah mengekori sebuah kereta jenis BMW yang dipandu lelaki terbabit berikutan gelagatnya yang mencurigakan.
Menurut ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya, kereta yang digunakan suspek itu didaftarkan di atas nama seorang pengamal perubatan yang berasal dari Perak.
Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut mendapati pemilik kenderaan tersebut tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
“Kita juga sedang menyiasat mengapa dia memiliki pistol tersebut, atas tujuan apa, dan atas kegiatan apa. Kita juga sedang menyiasat kaitan tangkapan ini dengan pemilik kereta BMW tersebut,” kata ACP Mohd Nashir Ya.
Kes kini disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru.
Jika disabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 14 tahun dan sebatan manakala bagi kesalahan memiliki peluru, boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan didenda 10 ribu ringgit.
Suspek kini ditahan reman sehingga 7 Julai bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#ditahan
#pistol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan