awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera dihempap pokok ketika ziarah kubur anak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/08/2021
15:37 MYT
Lelaki cedera dihempap pokok ketika ziarah kubur anak
Dalam kejadian jam 8.41 malam itu, pokok berkenaan tumbang selepas bahagian pangkalnya terbakar dan terkena mangsa yang berusia lingkungan 40-an. - Gambar/ JBPM
TELUK INTAN: Seorang lelaki cedera selepas dihempap sebatang pokok ketika menziarahi kubur anaknya di tanah perkuburan di Jalan Parit 1, Pekan Chenderong Balai, dekat sini, malam ini.
Dalam kejadian jam 8.41 malam itu, pokok berkenaan tumbang selepas bahagian pangkalnya terbakar dan terkena mangsa yang berusia lingkungan 40-an.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, sepasukan anggota dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu.
“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki telah dihempap sebatang pokok di tanah perkuburan berkenaan.
"Anggota bomba telah memberi rawatan awal sebelum membawa mangsa ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#kubur
#lelaki cedera
#ziarah kubur anak
#Teluk Intan
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan