awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera ditikam penyewa rumah

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2024
22:00 MYT
Lelaki cedera ditikam penyewa rumah
Siasatan polis mendapati berlaku pertengkaran ketika mangsa mahu memungut sewa rumah dan meminta suspek keluar rumah berikutan sudah lama tidak membayar sewa, keadaan itu menyebabkan berlaku pergelutan. - Gambar hiasan
SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki cedera ditikam dengan pisau ketika bergelut dengan penyewa rumahnya di Kampung Lasah di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, mangsa telah pergi ke rumah lelaki berusia 40 tahun itu berhubung tunggakan bayaran sewa rumahnya.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, tangkapan terhadap suspek yang juga penganggur dilakukan selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 29 tahun.
"Siasatan mendapati berlaku pertengkaran mulut ketika mangsa mahu pungut sewa rumah. Mangsa kemudian meminta suspek keluar rumah berikutan sudah lama tidak membayar sewa.
"Keadaan itu menyebabkan berlaku pergelutan dan mangsa cedera di lengan kanan akibat menepis pisau dan terkena satu tikaman di belakang badan," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Menurut beliau, mangsa telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput dan senjata terbabit berjaya dirampas.
"Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tunggakan bayaran sewa rumah
#mohd khaizam ahmad shahabudin
#Sungai Siput
#cedera ditikam penyewa rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan