awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki curi van jenazah ditahan selepas kemalangan

Bernama
Bernama
04/09/2025
13:44 MYT
Lelaki curi van jenazah ditahan selepas kemalangan
Lelaki itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika melarikan van itu kira-kira 2.30 pagi. - PDRM
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dipercayai mencuri van jenazah dari sebuah surau ditahan polis selepas kenderaan itu terbabit dalam kemalangan di Jalan Skudai, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata van jenazah jenis Toyota Hiace milik Surau Nurul Haq di Jalan Besar Sungai Sayong dekat Kulai itu, dipercayai dicuri oleh suspek yang berusia 21 tahun antara 1 hingga 2 pagi tadi.
Beliau bagaimanapun berkata lelaki terbabit kemudian terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika melarikan van itu kira-kira 2.30 pagi.
"Suspek hanya cedera ringan pada muka dan kaki," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata hasil semakan mendapati lelaki itu memiliki 14 rekod jenayah lampau dan dia disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Tan berkata pihaknya sedang mengesan tiga lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam kes berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi van jenazah
#van jenazah kemalangan
#polis
#lelaki ditangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami