awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dakwa kek lapis sebagai 'bom', akibatnya tiga penerbangan dijadual semula

Bernama
Bernama
21/07/2016
07:34 MYT
Lelaki dakwa kek lapis sebagai 'bom', akibatnya tiga penerbangan dijadual semula
Dua daripada tiga penerbangan yang dijadual semula itu melibatkan laluan ke Kuala Lumpur manakala satu lagi ke Kota Bahru. - Gambar fail
Gurauan seorang lelaki terdapat 'bom' di dalam kotak yang dibawanya ketika mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini mengakibatkan tiga penerbangan terpaksa dijadual semula.
Menurut sumber, ketika kejadian, lelaki tersebut mendaftar masuk untuk menaiki penerbangan ke Kota Bahru, Kelantan kira-kira 10.30 pagi.
"Ketika mendaftar masuk, lelaki tersebut secara bergurau berkata kepada kakitangan kaunter ada 'bom' di dalam kotak yang dibawanya. Biarpun dia bergurau, satu laporan polis dibuat seterusnya dia telah ditahan," katanya kepada Bernama.
Sumber itu memaklumkan siasatan mendapati kotak yang didakwa mengandungi 'bom' itu sebenarnya berisi kek lapis Sarawak.
Dua daripada tiga penerbangan yang dijadual semula itu melibatkan laluan ke Kuala Lumpur manakala satu lagi ke Kota Bahru.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, dan memaklumkan lelaki berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut. "Maklumat lanjut akan diberi dalam sidang media akan diadakan 3.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching," katanya.
Topic Berkaitan
#Abang Ahmad Abang Julai
#Gurauan seorang lelaki terdapat 'bom' di dalam kotak yang dibawanya ketika mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini mengakibatkan tiga penerbangan terpaksa dijadual semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan