awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dengan motosikal kuasa tinggi ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala, dada

Aida Aziz
Aida Aziz
08/04/2018
07:11 MYT
Lelaki dengan motosikal kuasa tinggi ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala, dada
Siasatan sedang dijalankan dalam semua aspek untuk mengetahui punca kejadian, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki dengan motosikal berkuasa tinggi ditemui berhampiran Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang, di sini, dengan kesan tembakan di dada, kepala dan perut mangsa.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, hasil sisatan mendapati mayat lelaki tempatan berumur 38 tahun itu dijumpai kira-kira jam 4 petang semalam menerusi aduan orang awam.
“Ketika dijumpai, mayat masih lengkap berpakaian dan terdapat sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki berhampiran mayat.
“Turut dijumpai berhampiran mayat, tiga butir kelongsong peluru dan siasatan masih dijalankan di tempat kejadian bagi mengenal pasti motif kejadian dengan dibantu Jabatan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
"Siasatan sedang dijalankan dalam semua aspek untuk mengetahui punca kejadian, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) esok untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Gerik
#jenayah
#mayat
#motosikal kuasa tinggi
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan