TAMPIN: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh anak tirinya dalam kejadian di Kampung Halacara Baru Londah, Gemas, 1 Februari lalu.
Abu Hassan Darus, 30, didakwa dengan niat melakukan kesalahan hingga menyebabkan kematian anak tiri perempuan yang berusia empat tahun satu bulan.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Tan Chai Wei.
Abu Hassan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Sazali Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 25 Mac ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang ditahan polis pada 9 Februari bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Klinik Kesihatan Gemas.
Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, kesan lebam di kedua-dua pergelangan tangan dan kaki, serta kesan gigitan di badan selain tiga tulang rusuk kirinya patah.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Feb 19 2021
Abu Hassan Darus, 30, didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 3 hingga 5 petang di sebuah rumah di Londah, Gemas, sehingga menyebabkan kematian ke atas anak perempuan tirinya yang berusia empat tahun. -Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri
Seorang kakitangan universiti didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.
Pemandu e-hailing didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun 10 bulan.
Amang seksual: Bapa tiri dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Amang seksual terhadap anak tiri: Pekerja restoran dipenjara lima tahun, dua sebatan
Seorang pekerja restoran dihukum penjara lima tahun dengan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Bunuh anak tiri berusia 6 tahun kerana cemburu
Pembunuhan itu dilakukan oleh ibu tiri mangsa kerana perasaan cemburu dan iri hati terhadap mangsa.
Tukang urut mengaku amang seksual anak tiri 18 tahun
Seorang tukang urut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya berusia 18 tahun, Khamis lalu.
Kerani pusat khidmat rakyat didakwa bersetubuh dengan anak tiri
Seorang kerani di pusat khidmat rakyat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya berusia 17 tahun.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rogol anak tiri, dua individu dihadap ke mahkamah
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol dua anak tirinya tahun lalu.