JEMPOL: Mahkamah Majistret di sini mengarahkan seorang lelaki menjalani pemeriksaan mental sebelum didakwa atas pertuduhan mencederakan ibu kandungnya dengan pisau di sebuah rumah di Felda Raja Alias di sini, bulan lalu.
Majistret Norshazwani Ishak membuat perintah itu terhadap Rahmat Ismail, 20, yang dihadapkan ke mahkamah itu, pada Isnin.
Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar untuk menjalani pemeriksaan mental.
"Saya difahamkan orang kena tuduh (OKT) ada mild depression, jadi pada hemat pendakwaan, disyaki OKT ini tak sempurna akal.
"Maka saya mohon pihak mahkamah di bawah kuasa yang diperuntukkan dalam seksyen tersebut untuk OKT ini dirujuk ke hospital untuk penilaian mental sebelum pengakuan direkodkan," katanya.
Tertuduh berdepan dengan pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas ibunya dengan menggunakan pisau pada 22 Jun lalu, lebih kurang jam 12.50 tengah hari di sebuah rumah di Felda Raja Alias 1, Bandar Seri Jempol.
Pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu,jika sabit kesalahan.
Mahkamah seterusnya memerintahkan tertuduh menjalani pemantauan dan pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor selama sebulan.
Tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan 2 Ogos ini sebagai tarikh sebutan kes.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 01 2024
Tertuduh (kemeja biru) ketika hadir ke mahkamah diiringi anggota polis. - Foto Sinar Harian
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Lelaki didakwa cederakan ibu diarah jalani pemeriksaan mental
Seorang lelaki diarah menjalani pemeriksaan mental sebelum didakwa atas pertuduhan mencederakan ibu kandungnya dengan pisau.