awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa cuba bunuh ayah kandung diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bernama
Bernama
01/09/2021
06:41 MYT
Lelaki didakwa cuba bunuh ayah kandung diarah jalani pemeriksaan psikiatri
Media melaporkan seorang lelaki dipercayai pesakit mental menikam ayahnya kerana berang anak saudaranya menangis, dan bertindak menikam ayahnya. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang lelaki yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh ayah kandungnya diperintah menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital.
Muhamad Nur Amin Azmail, 28, didakwa atas pertuduhan dengan pengetahuan cuba membunuh Azmail Mohd Salmon, 66, dengan cara menikam bahagian leher mangsa menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah dekat Bachok, pada 10.40 pagi, 24 Ogos lepas.
Penganggur itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry memaklumkan bahawa tertuduh telah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak lima tahun lepas dan memohon supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membenarkan permohonan itu dan menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes Muhamad Nur Amin yang tidak diwakili peguam itu.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dipercayai pesakit mental menikam ayahnya kerana berang anak saudaranya menangis, dan bertindak menikam ayahnya sehingga mangsa mengalami kecederaan di leher kanan, bahagian atas kepala, telinga kiri dan tapak tangan kiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh ayah kandung
#pemeriksaan psikiatri
#tikam leher ayah
#Bachok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan