IPOH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan memiliki senjata api tiruan, gari, baju kalis peluru dan buku-buku cetakan hasil penerbitan larangan yang berunsurkan ideologi komunis.
Leong Yew Chen, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki lapan laras senapang tiruan dan empat pucuk pistol tiruan di No 24, Jalan Margosa, Pasir Puteh, kira-kira pukul 1.45 petang, 10 Disember lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut didakwa memiliki sepasang gari dan tiga helai baju kalis peluru tanpa kebenaran yang sah di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga didakwa memiliki 14 buku-buku cetakan hasil penerbitan larangan yang berunsurkan ideologi komunis yang dikemukakan mengikut Seskyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 8(1) akta yang sama yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000.
Terdahulu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki peluru hidup tanpa lesen serta membawa dan memiliki senjata yang dijadualkan di Mahkamah Sesyen Ipoh, di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki dua butir peluru hidup tanpa lesen senjata atau permit senjata yang sah dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan disebat tidak kurang daripada enam kali.
Dia juga didakwa membawa dan memiliki senjata yang dijadualkan iaitu dua buah besi buku lima yang dikemukakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh ditawarkan jaminan kerana kes melibatkan Akta Senjata Api dan menetapkan 21 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan pskiatri selepas pemeriksaan di Hospital Bahagia Ulu Kinta berikutan tertuduh mempunyai sejarah penyakit mental.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Hannah Abd Wahab, Nor Syahirah Azahar dan Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh diwakili peguam Amrick Singh Sandu.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Dec 22 2021
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh ditawarkan jaminan kerana kes melibatkan Akta Senjata Api dan menetapkan 21 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Foto BERNAMA
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Lelaki didakwa miliki senjata api tiruan, baju kalis peluru dan buku ideologi komunis
Seorang lelaki didakwa atas tiga pertuduhan memiliki senjata api tiruan, gari, baju kalis peluru dan buku-buku cetakan hasil penerbitan larangan yang berunsurkan ideologi komunis.
Warga Indonesia ditahan miliki 17 laras senjata api tiruan
Senjata api jenis blaster itu biasanya digunakan oleh syarikat penyedia permainan paintball tetapi perlu mendapatkan permit untuk pembelian senjata berkenaan.
Seorang lelaki ditahan bersama ratusan senjata api tiruan di Kota Kinabalu
Sebanyak 151 set pelbagai jenis senjata api tiruan dan 283 unit komponennya yang bernilai RM60,000 berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah kompleks beli belah di Kota Kinabalu, pada Khamis.
Polis KLIA rampas senjata api tiruan dalam bagasi penumpang
Bagasi itu didaftar masuk di Terminal Udara KL Sentral pada pukul 10 pagi Ahad untuk penerbangan dengan pesawat MAS ke Kota Kinabalu.