KOTA BHARU: Seorang kerani akaun sebuah jabatan kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dua pertuduhan merogol anak tiri ketika mangsa berusia 11 tahun dan 14 tahun.
Tertuduh berusia 38 tahun didakwa di hadapan Hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan seorang kanak-kanak perempuan iaitu anak tirinya yang ketika itu berusia 11 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di sini antara jam 8 pagi hingga 10 malam pada pertengahan tahun 2017.
Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan mangsa sama yang ketika itu berusia 14 tahun 10 bulan di lokasi sama pada jam 8 pagi, Isnin lalu.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun, maksimum 30 tahun dan hendaklah juga disebat, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Faizuan Sulaiman memohon tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan tidak mencadangkan jaminan kerana bimbang mengganggu mangsa berikutan mereka tinggal bersama.
Peguambela tertuduh Halim Ashgar Hilmi bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadap anak guamnya itu dengan alasan tertuduh sudah 17 tahun berkhidmat dengan kerajaan.
“Saya memberi jaminan selepas ini tertuduh akan tinggal berasingan di rumah ibunya di Tumpat dan tidak akan mengganggu atau menghubungi mangsa serta keluarga,” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa.
Tertuduh membayar jaminan dan tarikh 26 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang gadis menceritakan kepada ibu saudaranya mengenai kejadian rogol yang didakwa dilakukan oleh bapa tirinya ketika mangsa berusia 11 tahun.
Mangsa yang berusia 14 tahun itu kemudian dibawa oleh ibunya ke balai polis untuk membuat laporan yang membawa kepada penahanan lelaki berkenaan selang beberapa jam selepas itu.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Penjawat awam didakwa rogol anak tiri
Sinar Harian
Sun Sep 12 2021

Tertuduh (tengah) dibawa keluar dari lokap Mahkamah Kota Bharu untuk dakwaan rogol di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Anak perempuan Tommy Thomas cabar PM Australia
Anak perempuan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, Hannah akan bertanding menentang Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Grayndler pada Pilihan Raya Persekutuan negara itu, pada 3 Mei ini.
Tarif AS: Tiada negara boleh tetapkan tarif perdagangan ikut kehendak mereka- Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tidak ada negara termasuk Amerika Syarikat (AS) boleh membuat ketetapan mengenai tarif dalam perdagangan mengikut kehendak mereka sehingga berpotensi menjejaskan struktur ekonomi negara lain.
Kerana wanita, dua kumpulan lelaki merusuh di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam rusuhan melibatakn dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bangsar, Jumaat lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Tertuduh, 53, didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun pada Oktober 2024.

Rogol anak tiri hingga lahirkan bayi, pemandu van dipenjara 10 tahun dan sebat
Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani sesi kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun, selepas selesai menjalani hukuman.

Anggota tentera didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya berumur 12 tahun.

Bapa, anak lelaki bersama rakan didakwa rogol anak tiri berusia 12 tahun
Seorang bapa bersama anak lelakinya serta rakan kepada anaknya itu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Bachok.

Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun
Tertuduh yang berusia 45 tahun dan sudah 29 tahun tinggal di Malaysia dituduh merogol anak tirinya di sebuah rumah di Ipoh pada 23 Jun lalu.

Polis tahan lelaki rogol anak tiri sejak Darjah Empat
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menjadikan dua anak tirinya yang masing-masing berusia 13 dan 15 tahun sebagai pemuas nafsunya sejak tujuh tahun lalu di sebuah rumah di Tanjung Kling.

Lelaki didakwa rogol anak tiri sejak mangsa usia 12 tahun
Seorang lelaki berusia 54 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas pertuduhan merogol anak tirinya sejak mangsa berusia 12 tahun.

Polis tahan lelaki disyaki rogol anak tiri warga Filipina
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki merogol anak tirinya yang berusia 18 tahun di Bukit Horizon dekat sini 24 November lalu.

'105 kali rogol, sekali pun tidak boleh dimaafkan' - Hakim
Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhir lelaki itu selaku perayu, untuk mengurangkan hukuman penjara selama 42 tahun dan 24 sebatan.

Pemandu lori mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun, lima tahun lalu.