awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didenda RM10,000, sebar gambar lucah di Telegram

Bernama
Bernama
19/01/2023
06:12 MYT
Lelaki didenda RM10,000, sebar gambar lucah di Telegram
Komunikasi itu dibaca di sebuah rumah di Persiaran Putri 3/16, Taman Chandan Putri 3, di sini pada 10 pagi, 9 Jan 2020. - Gambar fail
KUALA KANGSAR: Akibat membuat dan memulakan penghantaran komunikasi imej lucah menerusi aplikasi Telegram tiga tahun lepas, seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Rohaida Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Asyraf Ahmad Suhaimi , 28, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan tersebut terhadap seorang individu dengan niat menyakiti hati orang lain.
Mahkamah memerintahkan OKS dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. OKS membayar denda.
Komunikasi itu dibaca di sebuah rumah di Persiaran Putri 3/16, Taman Chandan Putri 3, di sini pada 10 pagi, 9 Jan 2020.
Bapa seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pengadu membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas berasa sakit hati kerana komunikasi yang dihantar OKS menunjukkan gambarnya dalam keadaan mengaibkan.
Bertindak daripada aduan tersebut, sepasukan anggota polis dan pegawai MCMC membuat serbuan di sebuah rumah di Taiping serta merampas barangan antaranya telefon bimbit dan unit kad sim dan menemukan komunikasi lucah berkenaan hasil analisis forensik.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MCMC Siti Hajar Sulaiman manakala OKS tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telegram
#penghantaran imej lucah
#orang kena saman
#Muhammad Asyraf Ahmad Suhaimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan