Seorang lelaki berusia 40-an maut disyaki dipukul tiga lelaki dalam satu kejadian di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihak polis mendapat maklumat tentang kematian itu daripada pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini menerusi panggilan telefon pada 6.45 petang selepas membuat pemeriksaan ke atas lelaki itu.
Beliau berkata sebelum itu menurut saksi kejadian yang merupakan adik ipar lelaki berkenaan mengatakan mangsa dihantar tiga lelaki dikenali ke rumah di Jalan Telok Wanjah Market Koboi di sini pada 1.30 tengah hari dan ketika itu mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Salah seorang suspek telah mengikat kedua-dua belah tangan serta kaki mangsa atas kerusi dengan kuat serta menampar muka lelaki itu dan mengugut saksi dan ibunya supaya jangan buka ikatan tersebut.
"Setelah suspek beredar, saksi terus membuka ikatan lelaki tersebut dan pada lebih kurang 4 petang, ambulans telah datang ke rumah dan bawa mangsa ke HSB untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Rozi berkata seorang daripada suspek itu sudah berjaya ditahan polis manakala baki dua lagi sedang diburu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan motif kejadian masih dalam siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2019
Menurut polis, salah seorang suspek telah mengikat kedua-dua belah tangan serta kaki mangsa atas kerusi dengan kuat serta menampar muka lelaki itu dan mengugut saksi. - Gambar hiasan
Aaron Aziz pegang watak 'mastermind' dalam The Experts
Aaron yang memegang watak sebagai abang sulung berkata dia dan semua pelakon juga banyak menghadiri kelas lakonan untuk mencari keserasian bersama.
LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini kembali beroperasi semula hari ini selepas sumber air mentah kembali pulih.
Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan syarikat.
Dr Mahathir gesa kerajaan usir Lockheed Martin, BAE Systems dari Malaysia
Dr Mahathir mendakwa Lockheed Martin dan BAE Systems merupakan pembekal senjata yang besar kepada rejim Zionis untuk menyerang Palestin.
Pentas terajui usaha perkukuh kawal selia komunikasi & multimedia serantau
Malaysia berharap dapat mengeratkan kerjasama antara negara ASEAN untuk kawal selia yang lebih mantap dalam lapangan komunikasi dan multimedia menerusi penganjuran Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Menilai strategi GOTV di KKB
Hari ini, faktor jentera akan memainkan peranan penting kerana kedua-dua calon utama sudah diperkenalkan dan tidak lagi dijadikan isu yang berlarutan sehingga timbul curiga di kalangan pengundi.
Tokoh agama terkenal India sertai Persidangan Ketua-Ketua Agama di Kuala Lumpur
Cendekiawan terkenal India Syed Salman Chishty akan menyertai Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.
PM adakan pertemuan secara maya bersama Presiden & CIO Alphabet, Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan persidangan secara maya bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat.
Pantau Agenda Reformasi: Apa kaedah penilaian prestasi penjawat awam?
Apa cara untuk pastikan mutu perkhidmatan dan prestasi penjawat awam adalah setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka?
AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar
Salahuddin kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.