awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras bersama motosikal

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2024
21:20 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras bersama motosikal
Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mulai pukul 5.24 petang semalam menggunakan teknik 'surface searching' di lokasi mangsa terjatuh. - Foto JBPM Pahang
PEKAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila hilang selepas dihanyutkan arus bersama motosikal ditunggangnya ketika pulang bekerja dalam kejadian di Ladang Sungai Bebar Utara, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 4.55 petang.
Menurutnya, ketika itu, mangsa Muhammad Adhwa Haslan, 31 tahun, bersama rakannya, Wafa Mohd Salleh, 33 tahun, yang juga menunggang motosikal, sedang melalui laluan utama ladang di jalan MR1.
"Sewaktu meredah air deras yang melimpah jalan tersebut sedalam 0.33 meter, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan, menyebabkan dia terbabas dan terjatuh ke dalam parit" katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa hanyut dibawa arus bersama dengan motosikalnya.
Seorang pengawal keselamatan yang berada berhampiran bertindak terjun ke dalam air untuk cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya kerana arus air parit yang terlalu deras.
Seramai 10 anggota Bomba dan Penyelamat Nenasi dan empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pekan memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 5.24 petang menggunakan teknik 'surface searching' di lokasi mangsa terjatuh.
Gerakan SAR dijadual disambung semula jam 8 pagi ini.
Topic Berkaitan
#lemas
#motosikal jatuh parit
#Ladang Sungai Bebar Utara Pekan
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan