awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Bauto, Telupid

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
27/03/2022
08:39 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Bauto, Telupid
Mangsa hilang dikenali sebagai Idham Olah, 46 tahun. - Foto ihsan JBPM Sabah
BELURAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Bauto, Telupid, di sini, pada Ahad.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa dikenali sebagai Idham Olah, berusia 46 tahun.
Beliau memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 11.43 pagi tadi.
"Mangsa dilaporkan lemas di Sungai Bauto, Telupid ketika menjalankan aktiviti memancing.
"Pasukan bomba membuat pencarian 100 meter di sepanjang sungai dari (lokasi) mangsa mula hilang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Jelasnya, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Tambahnya, setakat ini, mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#lemas
#Memancing
#Sungai Bauto
#Telupid
#Beluran
#Idham Olah
#JBPM Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan